Frontliner Terjatuh Tolak Stretcher Buat Netizen Emo -“Allah… Dah Letih Sangat Sampai Tak Ada Daya”
Mya Amri
15/07/2021 06:50 MYT
15/07/2021 06:50 MYT
Video pendek tular yang merakamkan kemalangan kecil petugas barisan hadapan sewaktu menolak pesakit menggunakan usungan (stretcher) mengundang sebak netizen.
Menerusi rakaman tersebut, jelas kelihatan petugas barisan hadapan sedang berlari dengan pantas sambil menolak usungan yang mempunyai pesakit untuk mendapatkan rawatan segera.
Namun berlaku sedikit kemalangan apabila salah seorang petugas barisan hadapan terjatuh dan menyebabkan usungan itu terbalik.
Menerusi video penuh perkongsian di laman Facebook Mat Rock Cameraman, petugas tersebut telah dibantu manakala pesakit pula telah di bawa ke tempat rawatan.
Kejadian yang berlaku di CAC Stadium Malawati itu ternyata mengundang sebak netizen.
Rata-ratanya menyatakan rasa sedih melihat keadaan petugas barisan hadapan yang semakin penat namun tidak culas terhadap tanggungjawab mereka.
Netizen juga turut mengucapkan terima kasih kepada petugas barisan hadapan kerana tidak putus asa merawat dan berusaha menolong pesakit pesakit positif COVID-19 sehingga sembuh.
Untuk info: Setakat semalam, Rabu 14 Julai 2021, sebanyak 11,618 kes harian COVID-19 sekaligus merupakan jumlah yang tertinggi di Malaysia.
Sumber foto/ video: Facebook Mat Rock Cameraman
Sumber foto/ video: Facebook Mat Rock Cameraman
#Jatuh
#Troli
#COVID-19
#Frontliners
#Petugas Barisan Hadapan
#Stadium Malawati
#CAC Stadium Malawati