Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Covid-19

Hentikan Cetus Panik! Foto Tular Dakwa Individu Menyamar Rupanya Sah Kakitangan KKM

Mya Amri 16/06/2020 | 11:51 MYT
Semalam kecoh apabila beberapa foto tular mendakwa ada individu menyamar sebagai kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) dan membuat pemeriksaan di kawasan Bukit Tular.
Ternyata perkara itu telah mencetuskan panik dikalangan masyarakat.
Bagaimanapun menerusi laman Facebook KKM dan Public Health Malaysia menjelaskan foto tersebut merupakan gambar frontliners dari PKD Petaling yang sedang lakukan pemantauan PUS (Person under surveillance).
“Mereka perlu memastikan PUS berada di rumah dalam tempoh kuarantin dan tidak melanggar peraturan yang telah ditetapkan. Penyebaran berita palsu mengenai gambar ini perlu dihentikan,” – Public Health Malaysia.
“Orang ramai digesa menghentikan penyebaran video mendakwa individu menyamar sebagai kakitangan KKM dan membuat pemeriksaan di kawasan Bukit Subang, di sini, yang tular dalam media sosial.
“Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib, berkata pihaknya sudah menerima laporan mengenai perkara itu, semalam,” – KKM
Untuk info, pihak polis juga telah menjalankan siasatan dan mendapati ia adalah salah faham antara pengadu dengan pihak yang hadir di lokasi rumah pengadu.
Manakala tiga individu yang ditular itu disahkan kakitangan KKM selain kenderaan yang digunakan juga adalah milik KKM,
#Viral #Viral #KKM
;