Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Identiti Makcik Minum Kopi Dah Dikenal Pasti, Yang Buang 'Wristband' Kat Airport Siapa Pula?

Fiza Kamarudin
21/07/2020 11:35 MYT
Identiti wanita yang memakai gelang pengesanan kuarantin Covid-19 ketika menjamu selera di yang tular di media sosial sejak semalam sudah dikenal pasti.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar, dan Teknologi Hijau Perak, Ahmad Saidi Mohamad Daud berkata, bagaimanapun beliau masih menunggu pengesahan muktamad daripada Jabatan Kesihatan Negeri Perak (JKNP) dalam masa terdekat mengenai maklumat terperinci kejadian sebelum ia dapat diumumkan.

"Kerajaan negeri tidak akan berdiam diri memandangkan ia mempunyai kebarangkalian merebak (jika individu terbabit disahkan positif). Saya masih (perlu) menunggu pengesahan rasmi daripada pihak yang terbabit iaitu JKNP serta polis dan semestinya kita mahukan jawapan secepat mungkin (untuk tindakan susulan).

"Saya tidak mahu mendahului sesiapa (JKNP) namun saya nasihatkan orang ramai yang merasakan pernah berkunjung ke medan selera yang dimaksudkan mengambil langkah berjaga-jaga termasuk menjalani ujian calitan selain kuarantin diri sendiri sekiranya bergejala,” katanya.
Dalam kejadian berasingan, sekeping foto gelang pengesanan kuarantin yang dicabut dan dibuang turut tular di laman sosial.

Gelang tersebut dipercayai dibuang di Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) dan mencetus kemarahan ramai.

Rata-rata warganet kesal dengan tindakan individu yang membuang gelang berkenaan dan menganggap ia perbuatan tidak bertanggung jawab dan mementingkan diri sendiri.

#Viral #Viral #COVID 19 #Makcik Kopi
;