Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Covid-19

Iesya Toh Jalani Ujian Saringan Covid-19 Sebab...

ZULHILMI JALIL 23/04/2020 | 05:03 MYT
Pengacara Iesya Toh melakukan ujian saringan Covid-19 menerusi perkhidmatan pandu lalu yang disediakan di sebuah hospital di Senawang, Negeri Sembilan.
Menurut bekas pengacara Selamat Pagi Malaysia itu, dia terpanggil untuk melakukan ujian tersebut berikutan merasakan dirinya terdiri daripada golongan yang berisiko.
"Saya nak buat ujian saringan Covid-19 ini sebab saya tahu kita di kawasan Senawang ini zon merah. Saya juga berisiko sebab selalu keluar memberikan bantuan kepada orang ramai.
"Jadi saya ambil kesempatan untuk melakukan saringan menerusi perkhidmatan saringan secara pandu lalu," katanya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.
Dalam posting tersebut, Iesya turut berkongsi video yang memaparkan dirinya yang sedang menjalani ujian saringan tersebut.
"Tak rasa apa-apa pun berlaku dalam mulut. Selepas mulut, ambil sampel di hidung. Tak sakit..tapi ada lah rasa benda masuk," katanya yang turut meminta orang ramai untuk melakukan ujian saringan.

Sekrg ni mudah utk buat saringan Covid19..drive thru & less than 3mins. . Tgk ni ???? tak sakit pun ??? . . Tq @drzaqrul & @mawarmedicalcentre ♥️

A post shared by Iesya Toh (@iesya_toh) on

Menerusi perbualannya dengan pegawai kesihatan tersebut, keputusan ujian itu hanya akan diperoleh selepas sehari pemeriksaan dibuat.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
#Iesya Toh #COVID-19 #Ujian Saringan
;