Covid-19
Ingat Lagi Keluarga ‘Tik Tok’ Ini? Dulu Mereka Positif COVID-19 Tapi Kini...
Minggu lalu, kisah mengenai keluarga ini menjadi perhatian ramai apabila kesemua mereka disahkan positif COVID-19.
Apa yang lebih menariknya semangat mereka tidak luntur, malah kekal ceria dan mampu menghasilkan video menarik menerusi aplikasi Tik Tok
BACA : Tetap Ceria! Lihat Bagaimana Keluarga Ini Bermain Tik Tok Walaupun Positif COVID-19!
Walaubagaimanapun, terbaru, kesemua mereka disahkan sembuh daripada wabak tersebut dan telah dibenarkan keluar dari Hospital Teluk Intan, Perak.
Perkara itu dikongsi menerusi satu posting oleh anak sulung keluarga itu, Erika Syamim Samsu Ambia, 17, di Twitter.
“Finally COVID free! Okay so kitorang sekeluarga dah discharged!
"Terima kasih atas doa semua, ini kemungkinan video Tik Tok terakhir dari kami di hospital," katanya.
Anda boleh saksikan video Tik Tok yang yang menyaksikan mereka sekeluarga menukar pakaian hospital kepada pakaian biasa di bawah.
Apapun sila patuhi arahan pihak berkuasa, duduk rumah dan pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer'.finally covid free!! pic.twitter.com/JoJUWZKmX4— Erika (@errikaaaaaaaa) April 5, 2020
Kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Must-Watch Video