Covid-19
"Insya-Allah Dah Jadi Abang Adiel" - Niena Baharun Hamil 3 Bulan Anak Kedua
Pelakon Datin Niena Baharun berkongsi berita gembira memaklumkan dirinya kini sedang mengandung anak kedua.
Perkara itu dikongsikan Niena menerusi kenyataan balasnya terhadap komen pengikutnya di Instagram menerusi satu posting yang dimuat naik semalam.
"Haah, alhamdulillah, tapi haritu tak sah lagi.
"Insya-Allah dah jadi abang Adiel (anak sulung). Terima kasih.
"Baby sebelum PKP lagi," jawab Niena menerusi beberapa komen yang meminta pengesahan sama ada benar dirinya kini sudah berbadan dua.
Sementara itu, Niena ketika dihubungi Gempak memaklumkan usia kandungannya kini sudah berusia tiga bulan.
"Alhamdulillah, baru je lagi, tiga bulan lebih," katanya menerusi kiriman WhatsApp.
Terdahulu, Niena menerusi posting tersebut turut berkongsi foto dan video dirinya yang berada dalam perjalanan untuk membuat pemeriksaan bayi.
Dalam entri tersebut, Niena memberitahu, suaminya mempersoalkan tindakannya yang mengenakan solekan walaupun hanya untuk membuat pemeriksaan bayi dalam kandungan.
"Checkup Baby. Pagi tadi tengah nak bersiap dekat meja solek, suami tanya 'you nak mekap-mekap beria kenapa? Kita nak gi checkup baby je'," ceritanya menerusi ruangan kapsyen.
Niena mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Datuk Aliff Firdaus Abdul Halim pada 1 Februari 2018.
Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan anak sulung, Adiel Mikael yang kini menginjak usia dua tahun.
Dalam pada itu, jangan lupa saksikan drama lakonan Niena Baharun di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!