Covid-19
Jadi Rider Ke Sekarang? Steady Doktor! - Bertuahnya Siapa Dapat Jumpa Dr. Sheikh Muszaphar
Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor menarik perhatian pengikutnya apabila memuat naik foto menjadi penghantar makanan.
Foto yang dimuat naik di akaun Instagramnya itu merakamkan Dr. Muszaphar bersama sebuah motosikal dan sedang tersenyum selain memakai beg penghantar makanan.
Menerusi coretan di posting tersebut, Dr. Muszaphar juga mengimbas kembali kenangan sewaktu bekerja di Restoran Rebung.
“Tidak ramai yang tahu bahawa saya memiliki Restoran Rebung bersama Chef Ismail sejak 2003 dan restoran itu juga semakin bekembang.
“Saya masih teringat pergi ke Pasar Borong Selayang pada jam 4:00 pagi pada waktu itu untuk membeli makanan laut segar setiap hari selama enam bulan semasa kami memulakan perniagaan.
“Saya teringat kenangan waktu menghantar lemang, rendang dan dodol pada awal pagi raya selama dua tahun yang lalu.
“Alhamdulillah - setelah 17 tahun Rebung masih berdiri teguh dengan 80 kakitangan, berjaya memperoleh banyak anugerah - Makanan Melayu Terbaik selama lima tahun berturut-turut.
“Bahkan kami juga telah beralih dari Bangsar Park ke Taman Botani pada tahun 2018 untuk tempat letak kenderaan lima tingkat yang lebih luas dan boleh memuatkan sehingga 500 orang. Syukur. Alhamdulillah,” coretnya.
Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya mengucapkan tahniah selain berharap dapat bertemu idola mereka sewaktu menempah makanan menggunakan khidmat tersebut.
Terdahulu, Dr Muszaphar berkahwin dengan Dr Halina Mohd pada Oktober 2010 dan dikurniakan dengan empat orang cahaya mata.
Dua orang puteri yang diberi nama Sophea Isabella dan Sophea Natasha serta dua putera kembar, Sheikh Adam dan Sheikh Noah.
Must-Watch Video