Covid-19

Kajol & Anak Perempuan Postif COVID-19? Ini Jawapan Ajay Devgan!

gempak
Amri Hassan
03/04/2020
04:37 MYT
Sponsor Banner
Kajol & Anak Perempuan Postif COVID-19? Ini Jawapan Ajay Devgan!
Selepas kerajaan India mengumumkan tempoh 'lockdown' selama 21 hari bermula 28 Mac lalu, timbul desas-desus mengatakan pelakon popular Bollywood, Kajol dan anak perempuannya, Nysa, positif COVID-19.
Namun, suami kepada Kajol, Ajay Devgan tampil menjelaskan situasi sebenar keluarganya kini melalui akaun Twitter rasminya baru-baru ini.
Kata Ajay, khabar angin mengenai isteri dan anak perempuannya yang terpaksa pulang dari Singapura itu tidak tepat!
"Terima kasih kerana bertanya. Kajol dan Nysa sihat-sihat saja.
"Khabar angin yang disebarkan tentang kesihatan mereka itu tidak tepat dan tak munasabah," kata Ajay. Mereka sekeluarga mempraktikkan penjarakan sosial di kediaman mereka sejak pandemik COVID-19 mulai menular seluruh dunia.
Sebelum menjalani perintah tersebut, Kajol baru selesai penggambaran filem VIP2 manakala Ajay sedang menjalani penggambaran filem pertamanya berbahasa Telugu-Tamil-Hindi berjudul RRR.
Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live