Covid-19
"Kalau Jadi Lagi Kluster Besar, Kau Boleh Bayang Tak..." - Ini Apa Yang Black Hanifah Cuba Bayangkan Sekiranya....
Penyanyi Black Hanifah menasihati orang ramai untuk menggunakan kelonggaran yang diberikan kerajaan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula hari ini dengan sebaiknya.
Menurut Black, kelonggaran yang diberikan itu perlu dimanfaatkan mengikut keperluan sahaja.
"Gunakanlah sebaiknya peluang 4 Mei dan seterusnya nanti mengikut keperluan.
"Dan ingatlah, ia sekadar kelonggaran yang diberikan, bukanlah kemenangan yang boleh dirai," katanya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.
Menurut Black lagi, sekiranya orang ramai gagal untuk patuh kepada segala prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, ia mungkin akan menjadikan keadaan menjadi lebih membimbangkan.
Bahkan, katanya, dia tidak dapat membayangkan sekiranya sikap pentingkan diri sendiri itu akhirnya mungkin membuatkan keadaan negara tidak terkawal.
"Cuba kita fikir sejenak.. kalau jadi lagi kluster besar, kau boleh bayang tak? Pengarah KKM cakap kat PM, maaf saya undur diri. Saya surrender (mengalah). Sambil tolak mic.
"Lepas tu doktor pun ikut, maaf kami undur diri. Surrender. Sambil buka PPE...lepas tu jururawat pulak ikut, maaf kami undur diri. Surrender. Sambil buka PPE.
"Lepas tu polis pun ikut, maaf kami undur diri. Surrender. Sambil kemas kon...lepas tu askar pun ikut, maaf kami undur diri. Surrender. Sambil kemas khemah.
"Lepas tu kau sakit, kau gi hospital. Simptom macam Covid-19.
Diorang cuma cakap, ha ok. Pergilah rehat bilik tu. Biar takdir je tentukan hidup awak.
"Diorang surrender. Habis-habisan. Nak jadi apa, jadilah. Sebab? Sebab KITA. KITA yang over sangat tak dengar arahan," katanya.
Terdahulu, pada 1 Mei kerajaan mengumumkan pelaksanaan PKPB bermula hari ini yang mana beberapa kelonggaran diberikan kepada beberapa sektor untuk beroperasi sebagai langkah memulihkan ekonomi negara.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Must-Watch Video