Covid-19
“Kami Buat ‘Face Shield' Sendiri Sebab Tak Cukup” – Luahan Jururawat Dapat Perhatian! Alhamdulillah
Dalam keadaan serba mencabar kerana penularan wabak COVID-19, petugas kesihatan mula mencari alternatif lain untuk menampung keperluan pelindung diri yang semakin menyusut.
Baru-baru ini penceramah bebas Ustaz Ebit Lew membuat kunjungan beberapa buah klinik kesihatan di kawasan Gombak untuk memberi bantuan.
Bagaimanapun ketika lawatannya ke Klinik Kesihatan Gombak Setia, Gombak untuk menyampaikan sumbangan barangan keperluan, luahan salah seorang jururawat mengenai kekuarangan pelindung muka (faceshield) menarik perhatian Ebit.
“Kami buat face shield sendiri. Kami kekurangan face shield,” kata jururawat tersebut.
Tidak menunggu lama, Ebit telah menempat 10,000 pelindung muka dari China termasuk peralatan pencegahan lain seperti penutup hidung dan mulut, 100 unit pengesan haba dan 1,000 pelindung baju.
Ebit juga telah menempah 1000 pelindung muka daripada Ustaz Hanafi Malek dan sahabat-sahabat lain.
“Terima kasih Ustaz. Subhanallah. Allahuakbar. Yes saya dah pandai buat. Yes. Boleh ajar isteri dengan anak buat dekat rumah. Rumah kami dekat-dekat. Tahniah,” tulisnya.
Perkembangan tersebut teah dikongsi Ebit dan dan Hanafi di laman sosial Facebook masing-masing semalam.
Ustaz Hanafi dan kumpulan penunggang motosikal berkuasa tingginya kini mengusahakan penutup muka (face shield) untuk membantu Kementerian Kesihatan Malaysia.
Must-Watch Video