Covid-19
“Kami Undur Diri…” – Sebaknya Lihat Foto-Foto Frontliners ‘Serah Tugas’ Pada Rakyat Malaysia
Respek! Itulah antara ayat dapat diungkapkan oleh rakyat Malaysia kepada petugas barisan hadapan yang akhirnya melabuhkan tirai daripada tugas mereka sepanjang negara dilanda wabak pandemik COVID-19.
Pertugas barisan hadapan yang bertungkus lumus menjaga negara sangat-sangat dihargai oleh rakyat Malaysia.
Malah menerusi media sosial, rata-ratanya tidak henti-henti mencoretkan perkataan ‘Terima Kasih’ kepada hero negara.
Tidak kurang juga ada yang menyatakan rasa sebak sebaik sahaja melihat foto-foto petugas barisan hadapan mula membuat persiapan untuk mengundurkan diri.
Kini tugasan itu telah diserahkan kepada rakyat Malaysia. Ingat kita belum menang tapi kita BOLEH MENANG!
Di sini Gempak kongsikan foto-foto frontliners yang dibidik oleh jurufoto Azrul Rafie dan juga menerusi tinjaun kami di Twitter.
Terdahulu, Perdana Menteri Malaysia, Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ditamatkan pada 9 Jun.
Bagaimanapun tindakan itu digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 10 Jun hingga 31 Ogos depan.
Terima kasih kepada abang-abang frontliner polis & atm yang telah berkorban selama 3 bulan untuk mengawasi sempadan antara negeri.Respect. ??? pic.twitter.com/NO0Wqv3f9T— Tok Tek (@Tok_Tek) June 10, 2020
Jutaan Terima kasih kepada semua frontliner para DOKTOR,NURSE KESIHATAN,PETUGAS PERUBATAN,ABANG AMBULANS yg bertugas siang, malam menjaga kesihatan rakyat malaysia mecegah dan merawat para pesakit di seluruh malaysia dalam tempoh PKP & PKPB.#PKPP #JagaJarak #KitaJagaKita pic.twitter.com/wTthMaSwxZ— penangselamanya#stayathome (@penangselamany2) June 10, 2020
Must-Watch Video