Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Covid-19

"Kat Rumah Jangan Asyik Makan Tidur Je..." - Fizo Berjaya Turunkan Berat 3 KG Sewaktu Tempoh 'Berkurung' Dalam Rumah

ZULHILMI JALIL 14/04/2020 | 08:34 MYT
Bagi mereka yang gemar melakukan aktiviti kecergasan harian di gimnasium, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, rutin tersebut mungkin terpaksa dilupakan seketika buat masa ini.
Biarpun terpaksa berada kekal di dalam rumah, itu sebenarnya bukanlah alasan untuk kita daripada terus melakukan aktiviti yang boleh menyihatkan tubuh badan.
Bagi pelakon Fizo Omar sendiri, katanya, sepanjang tempoh 'berkurung' di rumah, ia sedikit pun tidak menghalangnya daripada melakukan rutin kecergasannya.
Buktinya, pelakon berusia 35 tahun itu mendedahkan, dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak tiga kilogram (kg).
"Abe Joe turun 3 kg lagi!
"Abe Joe berjaya turun daripada 78 kg kepada 75 kg. Guna alatan senaman yang ringkas sahaja. Jom kita sama-sama bersenam dari rumah. Sentiasa sihat dan cergas," kongsinya menerusi satu entri di Instagram.

. . Buat apa nak keluar kalau kat rumah pun boleh exercise. . Kat rumah jangan asyik makan tidur, makan tidur je. Sesekali kena rajin kan diri exercise jugak. Baru la maintain gittew.. . Abe Joe berjaya turun dari 78kg ke 75kg.. guna alatan exercise yang simple sahaja ? . Jom kita sama sama bersenam dari rumah. Sentiasa sihat dan cergas. . #staysafeathome #stayhomeandhealthy

A post shared by fizoomar (@fizoomar) on

Dalam posting tersebut, Fizo turut berkongsi video yang memaparkan dirinya sedang melakukan aktiviti senaman mudah yang dilakukannya di rumah.
Pada masa sama, Fizo turut menasihati orang ramai agar kekal menjalankan gaya hidup yang sihat walaupun banyak kekangan dalam tempoh PKP ini.
"Buat apa nak keluar kalau kat rumah pun boleh lakukan senaman.
"Kat rumah jangan asyik makan tidur, makan tidur sahaja. Sesekali kena rajinkan diri buat senaman juga. Barulah maintain (kekal) gittew," katanya.
Sebelum ini, pada bulan lalu, Fizo memberitahu dia menyasarkan penurunan berat badannya kepada 75 kilogram bagi mendapatkan berat ideal.
BACA: "Bila Terlebih 'Besar' Ni Serius Cepat Penat" - Fizo Omar Berjaya Turunkan Berat 9 Kilogram! Nak Tukar Imej Demi...
Apapun, jangan lupa, saksikan drama lakonan Fizo Omar di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.
#Fizo Omar #Senaman #Perintah Kawalan Pergerakan
;