Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Covid-19

“Kepada Yang Tertanya-Tanya Kenapa Saya Balik Awal Dari Semua Orang, Time Will Tell” – Ben Amir

Fiza Kamarudin 09/04/2020 | 00:28 MYT

Pelakon Ben Amir mengucapkan terima kasih kepada semua yang bertanya tentang dirinya selepas berita mengenai pengarah, pelakon dan kru produksi drama Demi disahkan positif COVID-19.

Ben yang disahkan tidak dijangkiti wabak tersebut menghargai semua yang mengambil berat tentang dirinya.

Perkara tersebut dikongi Ben menerusi laman sosial Twitternya, pada pagi Rabu.

Bagaimanapun Ben tidak menyatakan sebab dia pulang lebih awal dari Scotland.

“Thank you everyone for checking up on me. Really appreciate that. To those wondering why I balik awal dari semua orang, time will tell,” tulisnya.

Status tersebut telah mengundang pelbagai reaksi daripada peminat pengikut di Twitter termasuk yang melarang Ben menulis perkara-perkara yang boleh mengundang spekulasi.

Tidak kurang juga yang memuji Ben kerana tidak membuka mulut mengenai perkara tersebut.

Kesemua enam kru produksi drama Demi arahan Rahila Ali itu disahkan positif wabak tersebut pada Selasa lalu.

Kumpulan produksi drama Demi berlepas ke Scotland pada 9 Mac lalu, sebelum kes penularan COVID-19 ketara dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) belum dikuat kuasa.

Drama Demi, diadaptasi daripada novel dibintangi Ashraf Muslim, Puteri Aishah, Ben Amir, Hasnul Rahmat dan Puteri Rayyana Rayqa.

Bagaimanapun, Ben pulang beberapa hari lebih awal daripada kumpulan produksi terbabit.

#Ben Amir #Negatif #COVID-19
;