Covid-19

Kesian Nadia...Harimau Malaya Ini Positif COVID-19!

gempak
Hanafis Haris
06/04/2020
10:54 MYT
Sponsor Banner
Kesian Nadia...Harimau Malaya Ini Positif COVID-19!
Seekor harimau Malaya bernama Nadia yang ditempatkan di Zoo Bronx, New York disahkan positif COVID-19 selepas mengalami batuk dan kurang selera makan.
Menerusi laporan Astro Awani, ketua veterinari zoo tersebut Bronx, Paul Calle menjelaskan, Nadia yang berusia 4 tahun, berkemungkinan menjadi kes haiwan pertama yang jatuh sakit susulan dijangkiti koronavirus daripada manusia.
"Kes Nadia adalah unik kerana ia jatuh sakit selepas terdedah kepada seorang kakitangan yang positif, namun tidak menunjukkan simptom.
“Ini kali pertama kami tahu mengenai kes jangkitan manusia ke haiwan dan menjadikan haiwan itu jatuh sakit,” katanya.
Tambahnya, pihak zoo akan kongsikan kajian mereka bersama zoo dan institusi lain.
"Walaupun tiga harimau lain dan tiga singa turut mengalami batuk kering, namun hanya Nadia yang menjalani ujian COVID-19 kerana ia mengalami simptom paling teruk dan sudah mula hilang selera makan," katanya.
Untuk rekod, kajian setakat ini bagaimanapun masih tiada bukti menunjukkan COVID-19 boleh berjangkit dari haiwan ke manusia.
Sebelum ini, beberapa anjing peliharaan di Hong Kong serta seekor kucing di Belgium dilaporkan dijangkiti COVID-19 daripada pemilik mereka, namun tidak mengalami simptom yang signifikan.
Sumber: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live