Covid-19

“Kita Hasilkan Gaun PPE Warna Putih Sebagai Simbol Kesucian & Ketulusan Hati Para Fronliner!” – Jovian Mandagie

gempak
Fiza Kamarudin
08/04/2020
01:00 MYT
Sponsor Banner
“Kita Hasilkan Gaun PPE Warna Putih Sebagai Simbol Kesucian & Ketulusan Hati Para Fronliner!” – Jovian Mandagie
Pereka fesyen popular, Jovian Mandagie tidak ketinggalan membanting tulang untuk menghasilkan baju Pelindung Diri Personal (PPE) untuk kegunaan pejuang barisan hadapan pandemik COVID-19.
Uniknya, PPE yang dijahit Jovian berwarna putih dan bukannnya biru atau hijau seperti kebiasaan.
Jovian bagaimanapun mempunyai alasan tersendiri mengapa PPE keluarannya berwarna putih bersih.
“Kami mengambil keputusan untuk menghasilkan gaun PPE berwana putih sebagai simbul ketulusan dan kesucian hati para petugas barisan hadapan kita.
“Ketika kita semua duduk di rumah dengan selamat mereka di luar sana bertarung nyawa melawan pandemik COVID-19 di negara ini.
“Hanya inilah cara kami menghargai jasa pahlawan-pahlawan kita di luar sana yang sedang berkorban segalanya,” katanya menerusi sebuah posting di Instagram pada tiga hari lalu.
Hasil rekaan Jovian itu turut mendapat pujian warganet yang menganggap ia satu effort kerana hasilnya yang cantik dan bukan ala kadar.
Malah salah seorang pejuang barisan hadapan turut menyatakan rasa sayangnya untuk membuang PPE yang diberikan Jovian.
“Gila fabulous rasa pakai PPE macam ni. Rasa nak bawa balik dan basuh semula je. Aku rasa baju raya aku dengan isteri dah settle tahun ni, tema kami warna putih,” tulis pengguna laman sosial tersebut menerusi kemaskini di Twitter.
Jovian turut memberikan PPE rekaannya kepada penghantar makanan yang masih meneruskan tugas mereka sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live