Kluster Kelab Malam Itaewon, Korea Kembali Catat 102 Kes Baharu
Mya Amri
13/05/2020 13:28 MYT
13/05/2020 13:28 MYT
Korea Selatan kembali merekodkan peningkatan kes baharu positif COVID-19 secara mendadak, lapor Awani.
Menurut Institusi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Negara (KCDC), setakat Selasa, sejumlah 102 kes yang dilaporkan berkaitan kluster kelab malam di Seoul.
Timbalan Pengarahnya, Kwon Joon-wook, memaklumkan ketika ini pelbagai kemungkinan boleh berlaku bergantung kepada kepantasan pengesanan jangkitan dan kemungkinan mereka sudah menyebabkan penularan yang lebih luas.
“Penularan terbesar yang berkaitan dengan kelab malam di Itaewon termasuk beberapa kemungkinan.
“Kemungkinan terbesar ketika ini adalah jangkitan dikesan pada fasa awal. Situasi yang lebih buruk adalah jangkitan itu hanya dapat dikesan selepas penularannya dalam kalangan komuniti setempat.
“Buat masa ini, kami tidak mahu membincangkan kemungkinan buruk atau sebaliknya, tetapi kami akan melakukan pelbagai cara untuk mengekang penularannya dan mencari kontak rapat secepat mungkin,” jelasnya.
Terdahulu, semua kelab dan bar di Seoul diarah tutup, selepas seorang lelaki berusia 29 tahun disahkan positif COVID-19 selepas menghabiskan masa di lima bar dan kelab malam, hujung minggu lalu.
Sumber: Astro Awani