Covid-19

"Kuarantin Di Rumah Rasa Seperti Duduk Dalam Penjara!" - Ellen DeGeneres

gempak
Amri Hassan
09/04/2020
00:20 MYT
Sponsor Banner
"Kuarantin Di Rumah Rasa Seperti Duduk Dalam Penjara!" - Ellen DeGeneres
Pengacara popular Hollywood, Ellen DeGegeres mendapat kecaman ramai apabila menyamakan proses kuarantin diri di rumah seperti di dalam penjara.
Malah, kata DeGeneres, perasaan itu lebih dirasainya apabila memakai pakaian sama selama 10 hari.
"Ini seperti duduk di dalam penjara. Mungkin kerana saya memakain pakaian sama selama 10 hari dan individu di sini semuanya homoseksual," katanya berjenaka kepada peminat.
Sejurus berkata-kata demikian, DeGeneres tertawa dan akui bersimpati dengan nasib orang ramai.
Rancangan itu disiarkan dari kediaman DeGeneres di Beverly Hills, Amerika Syarikat pada Isnin.
Bagaimanapun ia telah mengundang rasa kurang senang dalam kalangan penonton yang merasakan kata-kata itu tidak sepatutnya disiarkan ketika ini.
Apatah lagi DeGeneres tinggal di villa mewah miliknya yang berkeluasan 8,000 kaki persegi.
Rancangan popularnya, The Ellen DeGeneres Show yang disiarkan di NBC telah ditangguhkan sehingga pertengahan Mac lalu ekoran krisis Covid-19.
Namun, pada minggu lalu, DeGeneres mengumumkan dia kembali ke layar kaca menerusi rancangan yang dirakamkan dari kediamannya dan disertai tetamu jemputan antaranya Jennifer Lopez dan Chrissy Teigen.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024