Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Covid-19

Kurung COVID-19 Guna Botol? Kaedah Perubatan Ini Cetus Tanda Tanya!

Hanafis Haris 30/03/2020 | 07:32 MYT
Kaedah perubatan yang 'mengurung' COVID-19 mengguna botol secara tiba-tiba viral di media sosial sejak semalam.
Semuanya gara-gara sebuah rakaman yang memaparkan seorang individu yang cuba merawat pesakit dengan hanya menggunakan botol air.
"Saya telah tangkap dan kurung (bukan selamanya) COVID-19 ke dalam botol.
"Botol ini saya isi air, saya simpan dalam peti sejuk bersama botol air kosong.
"Selama tempoh 5 hari, botol berisi COVID-19 tidak membeku sedangkan botol air biasa beku dalam tempoh 6 jam," katanya.
Walaubagaimanapun, rata-rata netizen dilihat memberi komen yang negatif terhadap teknik perubatan tersebut.
Malah, kebanyakan mereka mahu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memantau dan mengambil tindakan sekiranya ia tidak benar.
Pada masa, seorang doktor turut tampil memberikan penjelasan sebenar.
Jelas doktor itu, COVID-19 tidak dapat dilihat menerusi pandangan mata kasar dan sudah tentulah ia tidak boleh ditangkap menggunakan botol sahaja.
Anda boleh lihat penerangan doktor ini di bawah.
#Viral #Viral #Perubatan #COVID 19
;