Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Masih Degil? Polis & ATM Bakal Guna Dron Lebih Canggih! Mampu Kesan Haba &....

Hanafis Haris
31/03/2020 13:44 MYT
Minggu lalu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah mengumumkan yang mereka akan menggunakan teknologi dron dan pesawat tanpa pemandu (UAV) dalam memantau Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dilaksanakan.

Keadah ini adalah sebagai langkah proaktif untuk membendung wabak COVID-19.

BACA: Jangan Ingat Anda Terlepas! ATM Akan Guna Dron & UAV Pantau Perintah Kawalan Pergerakan

Namun, tahukah anda Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Unit Dron Pasukan Gerakan Udara (PGU) bersama ATM akan menggunakan dron yang lebih canggih?

Difahamkan, dron berkenaan akan dilengkapi pengesan haba untuk memantau sekiranya terdapat individu yang mempunyai simptom demam.

Selain itu, dron ini juga dilengkapi fungsi pembesar suara yang boleh memantau pergerakan individu secara lebih meluas di kawasan sempit.

Dron ini berupaya memberikan siren amaran dan nasihat kepada masyarakat untuk mematuhi PKP dalam tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil.

Malah, Jika sebelum ini digunakan pada sebelah siang, penggunaan dron kini diperluaskan pada sebelah malam.

Apapun sila patuhi arahan pihak berkuasa! Duduk rumah dan pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer'.

Kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!

Gambar: Malaysiakini, The Straits Times

#Polis #COVID 19 #ATM #Drone