Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Covid-19

Masih Mahu Kahwin Ketika COVID-19, Majlis Akad Nikah Ini Terpaksa Menggunakan…

Hanafis Haris 06/04/2020 | 11:11 MYT
Antara golongan yang terkesan ketika krisis COVID-19 pastinya pasangan yang bakal melangsungkan majlis pernikahan.
Ramai yang terpaksa menangguhkan majlis berkenaan untuk keselamatan bersama.
Namun di Jombang, Indonesia, satu pasangan pengantin ini mengambil keputusan meneruskan juga majlis pernikahan mereka.
Apa yang menariknya, majlis itu disempurnakan dengan hanya menggunakan tali ketika akad nikah bagi mengelak penularan COVID-19.
Menurut laporan Detik.com, majlis pernikahan unik itu membabitkan pasangan Ifan Saifudin dengan Miftahul Firdaus dan disempurnakan penghulu dari Pejabat Urusan Agama Jombang, Rabu lalu.
Ifan melafazkan akad nikah di hadapan penghulu, mereka menggunakan tali berwarna putih sepanjang 60 sentimeter sebagai tanda berjabat tangan.
Selain tali, pasangan itu juga memakai penutup mulut selain sarung tangan bagi mematuhi jarak sosial yang disyorkan pihak berkuasa Indonesia.
Difahamkan majlis itu dilangsungkan secara tertutup dengan hanya dihadiri 10 ahli keluarga saja.
Sumber : Detik.com/Harian Metro
#Viral #Indonesia #Viral #COVID 19
;