Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Meme Takut Kobit! Kebimbangan Jadi Realiti, Kes Baharu Di Kelantan Akibat Pesakit Pulang Ke Kampung Halaman

Mya Amri
20/05/2020 10:00 MYT
Dakwaan yang tular mengenai kes positif COVID-19 yang berlaku di Kelantan semalam akhirnya telah dikenal pasti.

Perkara yang dibimbangi kerajaan negeri dan pihak berkuasa berlaku semalam apabila satu kes positif pandemik berkenaan mula dikesan.

Menurut laporan AWANI, kluster baharu itu melibatkan seorang wanita mengandung yang pulang ke kampung halaman pada 7 Mei lepas sewaktu kerajaan melonggarkan aktitivi rentas negeri.

Perkara itu disahkan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, Dr Izani Husin.

"Ini apa yang kita takuti selama ini, iaitu (akibat perbuatan) rentas sempadan (negeri). Baru-baru ini pada 7 Mei, pesakit ini balik ke Kelantan. Malangnya, dia didapati positif (COVID-19).

"Pesakit ini ketika ini berada di Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ). Pihak hospital sedang mengesan kontak-kontaknya. Setakat ini, keluarganya negatif. Hanya dia seorang sahaja positif.

"Keluarganya kena dikuarantin," katanya sambil menambah, kes melibatkan seorang wanita hamil 32 minggu yang pulang dari Kuala Lumpur ke kampung halamannya di Kuala Krai.

Izani menegaskan kerajaan dan pihak berkuasa berulang kali menasihati orang ramai supaya mengelakkan aktiviti rentas negeri agar dapat membendung penularan wabak berkenaan.

Katanya, pihak berkaitan melalui Jawatankuasa Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) Kelantan akan berbincang bagi menentukan langkah seterusnya dalam usaha mengekang penyebaran wabak itu di daerah Kuala Krai.

Terdahulu, sudah lebih sebulan Kelantan telah diisytiharkan bebas COVID-19 sebelum berita viral itu disahkan.

Sumber: ASTRO AWANI
#COVID-19
;