Covid-19

"Meminta Penduduk Supaya Kekal Berada Di Rumah Tidak Akan Menamatkan Epidemik" - Ini 6 Langkah Yang Boleh Bantu Memerangi COVID-19

gempak
Zulaikha Yusof
26/03/2020
05:03 MYT
Sponsor Banner
"Meminta Penduduk Supaya Kekal Berada Di Rumah Tidak Akan Menamatkan Epidemik" - Ini 6 Langkah Yang Boleh Bantu Memerangi COVID-19
Pelaksanaan perintah kawalan pergerakan atau darurat semata-mata bukan kaedah yang akan menamatkan pandemik COVID-19.
Memetik laporan Astro Awani, Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Dr Tedros Adhanom Ghebre-Yesus menyatakan kawalan pergerakan adalah bertujuan mengurangkan tekanan dihadapi petugas kesihatan di hospital.
"Meminta penduduk supaya kekal berada di rumah ialah tindakan melengahkan dan mengurangkan tekanan terhadap sistem kesihatan. Tetapi, kaedah ini semata-mata tidak akan menamatkan epidemik ini.
"Kami memahami negara-negara ini mencuba beberapa pendekatan. Jawapannya bergantung kepada apa yang dilakukan kerajaan mereka ketika perintah berkurung dilaksanakan," katanya.
Dalam pada itu, Dr Tedros turut melahirkan kebimbangan berhubung jumlah korban yang meningkat akhir-akhir ini sebelum pandemik boleh diisytiharkan berakhir.
"Kami menyeru semua negara yang telah memperkenalkan 'lockdown' (langkah menghentikan operasi) supaya menggunakan masa ini untuk memerangi virus berkenaan.
"Anda telah mencipta peluang kedua. Persoalannya, bagaimana anda menggunakannya?" tambahnya lagi.
Justeru, Dr Tedros menggariskan enam tindakan penting yang perlu diambil oleh semua negara di dunia dalam memerangi virus itu.
Berikut enam tindakan utama yang disyorkan WHO untuk menghentikan COVID-19:
1. Memperluas, melatih dan mengerahkan tenaga kerja penjagaan kesihatan dan awam
2. Melaksanakan sistem untuk mengesan setiap kes yang disyaki di peringkat komuniti
3. Meningkatkan kapasiti pengeluaran dan ketersediaan ujian
4. Mengenal pasti, menyesuai dan melengkapkan kemudahan yang diperlukan untuk merawat serta mengasingkan pesakit
5. Membangunkan rancangan serta tindakan yang jelas untuk mengkuarantin kontak
6. Menggerakkan seluruh jentera kerajaan untuk fokus kepada usaha mengekang dan mengawal COVID-19
Sekadar info, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai Rabu (18 Mac) hingga 14 April 2020, di seluruh negara.
Malaysia terpaksa akur selepas kes COVID-19 kini mencecah 1,796 orang dengan 20 rekod kematian.
Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Sumber: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live