Covid-19
#MyHero: "4 Orang Pitam Sebab Terlalu Panas" - Jururawat Ini Terpaksa Batalkan Puasa Walau Jam Dah 5 Petang Gara-Gara...
Tidak dapat dinafikan mereka yang terdiri daripada petugas barisan hadapan memang cukup mencabar dalam melaksanakan tugasan harian.
Lebih-lebih lagi bagi mereka yang bekerja di sektor kesihatan apabila perlu menguruskan pesakit Covid-19 yang menerima rawatan di hospital.
Apatah lagi mereka perlu memakai sut pakaian perlindungan diri (PPE) berjam-jam lamanya ketika bertugas.
Barangkali bagi orang luar, standard operasi itu nampak seperti mudah, tetapi itulah antara cabaran besar yang perlu mereka hadapi setiap hari.
Buktinya, seorang jururawat, Nurhidayu Ahmad berkongsi kepada umum pengalamannya yang berdepan dengan insiden rakan-rakan yang pitam ketika bertugas.
Semuanya gara-gara mengalami kepanasan melampau ketika menyarungkan PPE sewaktu ditugaskan untuk mengendalikan pesakit Covid-19 di wad.
"Ni kejadian petang tadi masa intubate pesakit Covid kena pakai PPE lengkap. Empat orang pitam sebab terlalu panas..terpaksa berbuka walaupun dah pukul 5 petang.
"Letih..intubated (proses memasukkan tube) pesakit bukan ambil masa 5 minit tau. Itu tak termasuk lagi CPR kalau pesakit rebah. Bayangkan pakai PPE lengkap, CPR 1 jam. Jadi, tolong dengar cakap, jaga diri, lupakan hasrat nak balik kampung dulu," tulisnya menerusi satu posting di Facebook.
Dalam entri tersebut, Nurhidayu turut berkongsi sekeping foto yang memaparkan rakan-rakannya yang terduduk di lantai wad sambil menyarungkan PPE.
Status yang dikongsikannya itu kemudian dikongsikan lebih 16,000 kali dan menerima lebih 800 komen di Facebook.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata bersimpati dengan nasib frontliners kita yang sanggup berkorban demi memastikan kita semua terus selamat.
"Mereka lebih dekat dengan kematian tapi demi tugas untuk mengembalikan semula kesihatan mereka rela berjuang untuk semua," tulis salah seorang pengguna.
Jadi, sama-samalah kita hargai jasa dan pengorbanan frontliners dengan patuh kepada segala arahan demi memastikan kita semua berjaya memutuskan rantaian Covid-19.
Bagi pembaca Gempak anda semua juga boleh jadi hero!
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah Covid-19!
Must-Watch Video