,
Covid-19

#MYHero: Cayalah! Abang Delivery Sanggup Jadi ‘Spider-Man’, Ceriakan Hati Pelanggan

Mya Amri
07/04/2020
12:00 MYT
Apabila berbicara mengenai petugas barisan hadapan sudah pasti secara automatik akan terfikir tentang mereka yang berkerja dalam bidang kesihatan dan perubatan.
Tabik! Mereka inilah antara yang bertungkus-lumus tidak kira masa untuk menyelamatkan nyawa pesakit-pesakit dan juga mengekang penularan COVID-19.
Bagaimanapun, kami percaya bahawa orang-orang seperti pekerja penghantaran juga harus disebut dalam barisan yang sama dengan profesional perubatan ini kerana mereka telah bekerja tanpa mengenal penat lelah untuk memastikan anda mendapatkan makanan atau bungkusan tepat pada waktunya.
Ada juga diantara penghantar atau rata-ratanya memanggil ‘abang delivery’ ini sanggup membuat sesuatu diluar jangkaan hanya untuk menggembirakan pelanggannya.
Menerusi laporan Malay Mail, seorang lelaki pekerja penghantaran untuk Lalamove membuat kelainan dengan menyarungkan pakaian karakter komik terkenal, Spider-Man.
Namun jika anda tertanya-tanya mengenai lelaki ini… Ya, dia adalah orang yang sama pernah disoal pihak polis sewaktu ‘roadblock’ baru-baru ini.
Menurut syarikat logistik, lelaki itu dihentikan minggu lepas ketika dia sedang melakukan penghantaran.
Tetapi jangan khuatir kerana ‘abang Spider-Man ini mempunyai dokumen sah mengenai kerja penghantaran yang dilakukan olehnya.
“Kami telah memberikan dokumen kebenaran kepada setiap pekerja kami sebagai langkah dan bukti sah kepada pihak berkuasa sekiranya mereka ditahan sewaktu operasi ‘roadblock’ ketika melakukan penghantaran,” ujar wakil syarikat berkenaan. Lalamove bagaimanapun tidak mendedahkan ‘abang Spider-Man’ tersebut namun mengesahkan tindakan untuk menyarungkan kostum tersebut adalah inisiatif lelaki berkenaan hanya untuk menceriakan hari pelanggannya.
Sumber: Rojak Daily, Malay Mail
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

"Terlalu Banyak Nak Dikongsikan, Hati-Hati Dengan Fitnah ..." - Vivy Yusof

gempak
30/10/2024
03:25 MYT
Usahawan popular Datin Vivy Yusof tampil berkongsi keadaan terkininya dan respon terhadap desakan netizen yang mahukan beliau tampil memberikan kenyataan selaku pengasas Fashion Valet.
Berita

Mpox: “Masyarakat Juga Harus Bertindak, Tak Boleh Harapkan Kerajaan Sahaja,” - Pakar Epidemiologi

gempak
28/08/2024
11:55 MYT
Meskipun penularan Kes Mpox di Malaysia belum mencapai tahap serius, namun masyarakat Malaysia harus mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan bersama.
Berita

COVID-19: Tiada Lagi Kuarantin Di Rumah Mulai 15 Julai

gempak
05/07/2024
18:40 MYT
Individu positif Covid-19 tidak lagi dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO) atau kuarantin di rumah dan tidak perlu melaporkan status positif ujian kendiri dalam aplikasi MySejahtera berkuat kuasa 15 Julai ini.
Hiburan

Rezeki Berlakon Datang Gara-Gara COVID-19, Arfie Shah Akui Masih Nervous Setiap Kali Uji Bakat Lakonan

gempak
05/07/2024
03:55 MYT
Pelakon baharu, Arfie Shah mendedahkan yang dia membina badan sebelum menjalani penggambaran bagi drama siri Astro Originals, X-Change.
Berita

AstraZeneca Tarik Balik Vaksin COVID-19 Di Seluruh Dunia

gempak
08/05/2024
04:36 MYT
Syarikat farmaseutikal global Britain-Sweden, AstraZeneca menarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia, lapor Telegraph semalam.
Unitar