Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

#MYHero: Cayalah! Abang Delivery Sanggup Jadi ‘Spider-Man’, Ceriakan Hati Pelanggan

Mya Amri
07/04/2020 12:00 MYT
Apabila berbicara mengenai petugas barisan hadapan sudah pasti secara automatik akan terfikir tentang mereka yang berkerja dalam bidang kesihatan dan perubatan.

Tabik! Mereka inilah antara yang bertungkus-lumus tidak kira masa untuk menyelamatkan nyawa pesakit-pesakit dan juga mengekang penularan COVID-19.

Bagaimanapun, kami percaya bahawa orang-orang seperti pekerja penghantaran juga harus disebut dalam barisan yang sama dengan profesional perubatan ini kerana mereka telah bekerja tanpa mengenal penat lelah untuk memastikan anda mendapatkan makanan atau bungkusan tepat pada waktunya.

Ada juga diantara penghantar atau rata-ratanya memanggil ‘abang delivery’ ini sanggup membuat sesuatu diluar jangkaan hanya untuk menggembirakan pelanggannya.

Menerusi laporan Malay Mail, seorang lelaki pekerja penghantaran untuk Lalamove membuat kelainan dengan menyarungkan pakaian karakter komik terkenal, Spider-Man.

Namun jika anda tertanya-tanya mengenai lelaki ini… Ya, dia adalah orang yang sama pernah disoal pihak polis sewaktu ‘roadblock’ baru-baru ini.

Menurut syarikat logistik, lelaki itu dihentikan minggu lepas ketika dia sedang melakukan penghantaran.

Tetapi jangan khuatir kerana ‘abang Spider-Man ini mempunyai dokumen sah mengenai kerja penghantaran yang dilakukan olehnya.

“Kami telah memberikan dokumen kebenaran kepada setiap pekerja kami sebagai langkah dan bukti sah kepada pihak berkuasa sekiranya mereka ditahan sewaktu operasi ‘roadblock’ ketika melakukan penghantaran,” ujar wakil syarikat berkenaan.

Lalamove bagaimanapun tidak mendedahkan ‘abang Spider-Man’ tersebut namun mengesahkan tindakan untuk menyarungkan kostum tersebut adalah inisiatif lelaki berkenaan hanya untuk menceriakan hari pelanggannya.

Sumber: Rojak Daily, Malay Mail
#COVID-19 #My Hero