Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Covid-19

#MYHero: (Foto) Comelnya, Hotel Di Bangi Ini Tinggalkan Nota Sweet Buat Frontliners Setiap Malam

Mya Amri 09/04/2020 | 12:15 MYT
Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, tidak dinafikan industri perhotelan negara merupakan antara sektor yang terkesan.
Dengan kemerosotan jumlah pelanggan yang datang, boleh dikatakan ini adalah tempoh sukar bagi industri perhotelan.
Bagaimanapun perkara itu tidak menghalang sebuah hotel di Bangi untuk kekal optimis dan menyebarkan mesej-mesej positif kepada petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus melawan penularan wabak COVID-19 di negara ini.
Perkara itu dikongsi oleh @ekinkacak menerusi laman Twitternya.
Hotel Tenera yang terletak di Seksyen 1 Bandar Baru Bangi itu dilihat begitu kreatif menyampikan pesanan semangat buat rakyat Malaysia menerusi tingkap hotel dengan cara menyalakan lampu sehingga membentuk perkataan ringkas.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Antara mesej yang diberikan adalah “BE SAFE”, “TQ KKM”, “PADU ABG RIDER”, “LOVE POLIS” dan sebagainya.
Sehingga kini, tweet tersebut telah menerima lebih 20,000 retweet selain pujian daripada netizen terhadap mesej positif hotel tersebut.
Malah ada juga yang mencadangkan mereka akan duduk di hotel tersebut selepas putusnya rantaian COVID-19 sebagai tanda terima kasih.
Lebih manis lagi, netizen turut berkongsi beberapa foto hotel lain yang juga mengambil inisiatif sama dalam menyampaikan mesej positif kepada rakyat Malaysia.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Stay strong guys! Kita tahu petugas barisan hadapan juga turut terharu dengan mesej yang diberikan kepada mereka.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya menyokong industri pelancongan dan perniagaan tempatan selepas tamat tempoh PKP.
Buat pembaca Gempak, anda juga boleh jadi hero!
Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
#COVID-19
;