Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

#MyHero: "Maafkan Kami, Bukan Kami Yang Minta Hantar Pesanan Lambat" - Rider Ini Dedah Apa Yang Lazimnya Terjadi Tanpa Pelanggan Sedari

ZULHILMI JALIL
11/05/2020 23:15 MYT
Sejak tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tidak dinafikan ramai antara kita yang menggunakan khidmat penghantar makanan sebagai memenuhi keperluan juadah harian ketika duduk di rumah.

Jadi, dengan adanya perkhidmatan rider seperti Foodpanda dan Grabfood urusan anda jadi lebih mudah. Mana tidaknya, anda tidak perlu bersusah payah untuk keluar mencari makanan.

Hanya tunggu di rumah dan makanan bakal tersedia di hadapan pintu dalam tempoh beberapa minit sahaja.

Cumanya, mungkin ada antara kita yang berdepan dengan beberapa isu berbangkit seperti penghantaran makanan lambat atau makanan yang tiba, sudah tidak berada dalam keadaan 'proper'.

Situasi itu secara tidak langsung membuatkan ada antara kita yang mungkin terus menuding jari meletakkan kesalahan kepada rider yang berkenaan.

Namun, hakikat sebenar, barangkali, kelewatan mereka itu disebabkan oleh beberapa faktor kekangan yang tidak dapat dielakkan untuk mereka sampai tepat pada masanya.

Perkara itu turut diluahkan salah seorang rider Foodpanda menerusi satu posting di akaun Twitternya @ssambringbag yang menggunakan nama Sam.

Dalam entri tersebut Sam menjelaskan tidak semua tanggapan negatif yang mungkin difikirkan pelanggan mengenai sikap rider itu betul.

"Apa yang orang nampak VS Apa yang kami lalui.

"Maafkan kami, bukan kami yang minta hantar pesanan lambat," Tak minta banyak, diakan kami sihat selalu sentiasa semangat untuk hantar makanan pelanggan yang buat pesanan daripada Foodpanda," tulisnya.

Dalam entri berkenaan, Sam memuat naik gambar perbandingan yang sebenarnya sering terjadi kepadanya dan rakan-rakan rider yang lain.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.



Hantaran tweet berkenaan diulang kicau lebih 7,000 kali selain mendapat tanda suka lebih daripada 13,000 pengguna.



Pelbagai respons yang diterima, termasuklah dalam kalangan rider sendiri yang mengakui sering disalah anggap setiap kali tiba lewat ketika menghantar pesanan.

"Aku baru kena langgar Khamis lepas masa hantar makanan," tulis @nasiruddin545

"Semoga murah rezeki awak. Besar pahala kerja yang awak buat ni," tulis @nrnadiah_

"Kita senangkan kerja rider ni, jika lambat sikit takyah lah sampai marah ke apa, kita tak tahu sebelum sampai kat rumah kita tu apa yang rider ni hadapi. Kita mudahkan kerja diorang, Allah mudahkan kerja keje kita juga," komen pemilik akaun @tinkerbellsoph2.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Apapun, kepada semua rider, anda semuanya hero buat kami! Apa yang penting, jaga keselamatan sewaktu menunggang motosikal.

Bagi pembaca Gempak, anda juga boleh jadi hero!

Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!


Foto: Twitter @ssambringbag


#FoodPanda #COVID-19 #MYHero
;