Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Covid-19

#MyHero: “Penyelamat Kasut Cik Misi”, Lelaki Ini Repair Kasut Untuk Frontliner Secara Percuma

Mya Amri 08/04/2020 | 09:38 MYT
Sejak penularan wabak COVID-19, rakyat Malaysia tampil dengan pelbagai inisiatif untuk membantu petugas barisan hadapan.
Semakin ramai yang ingin berbakti kepada wira negara yang bertungkus-lumus tanpa mengira masa memerangi wabak pendamik itu.
Baru-baru ini menerusi laman Twitter, seorang anak muda berhati mulia menawarkan khidmat membaiki kasut secara percuma buat petugas barisan hadapan.
Dikenali sebagai Abdul Ghafur, pemuda ini mengakui inilah salah satu cara bagi dirinya untuk menolong meringankan beban petugas barisan hadapan.
“Untuk jururawat, doktor, polis dan petugas barisan hadapan yang berada du MELAKA, saya tidak akan mengenakan sebarang bayaran untuk membaiki kasut semasa RMO. Manakala bagi luar kawasan Melaka, anda hanya perlu membayar untuk servis penghantaran sahaja.
“Saya tidak tahu untuk menolong anda tapi inilah yang saya dapat lakukan buat anda semua. Terima kasih,” tulisnya
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Tindakan pemuda itu ternyata mendapat pujian ramai dan rata-rata bangga dengan sikap prihatinnya.
Tidak kurang juga ada yang menganggap Ghafur sebagai penyelamat petugas barisan hadapan.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Wow! You’re the man! Anda memang hero! Kami di Gempak doakan semoga anda dimurahkan rezeki.
Buat pembaca Gempak, anda juga boleh jadi hero!
Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
#COVID-19 #My Hero
;