#MyHero:"Amar Ingat Nak Tunggu Sihat Sikit Buat Kenduri" - Gara-Gara Kemalangan, Rider Ini Terima 'Rezeki' Daripada Netizen
ZULHILMI JALIL
13/05/2020 23:45 MYT
13/05/2020 23:45 MYT
Kisah seorang rider penghantar makanan, Foodpanda yang dikenali dengan nama Amar mendapat perhatian netizen di Twitter apabila dia terlibat dalam satu kemalangan jalan raya.
Perkara itu dikongsikan rakannya, pemilik akaun @khaiartzfar menerusi satu hantaran di Twitter memaparkan beberapa foto dan video yang menunjukkan keadaan Amar yang berlumuran darah.
Difahamkan, kejadian tersebut berlaku ketika Amar menunggang motosikal dalam perjalanan menghantar pesanan kepada pelanggan.
Namun, apa yang yang lebih mencuri tumpuan apabila @khaiartzfar dalam entrinya berkongsi cerita sedih mengenai Amar yang baru bekerja sebagai penghantar makanan itu.
"Ada junior sekolah aku ni sekarang buat Foodpanda. Masa awal kerja masa Covid-19 haritu, dia minta pinjam duit buat modal lepas berhenti kerja. Pastu dapat tahu dia kemalangan semalam masa nak menghantar makanan," tulisnya dalam entri tersebut.
Dalam hantaran itu juga, @khaiartfar turut berkongsi paparan mesej perbualan antara dirinya dengan Amar yang membuatkan ramai netizen bersimpati dengan nasibnya yang mengalami masalah kewangan.
Ekoran kisahnya itu, netizen tampil menghulurkan bantuan kepadanya.
"Tak sangka rezeki Allah nak beri dekat Amar macam ni. Terima kasih sangat-sangat, tak tahu macam mana bak balas.
"Rezeki yang netizen kongsi dengan Amar ni, Amar ingat tungguh sihat sikit nak buat kenduri. Kongsi rezeki depa dengan anak-anak yatim," tulis Amar menerusi perbualan mesejnya kepada @khaiartfar.
Siapa sangka ketika Amar yang merupakan salah seorang frontliner berdepan musibah sewaktu sedang bekerja, ada hikmah di sebaliknya apabila ramai yang cuba menghulurkan bantuan kepadanya.
Apapun, kepada rider di luar sana, tunggang motosikal secara berhemah ya. Andalah hero kami!
Kepada pembaca Gempak, anda juga boleh jadi hero!
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Foto: Twitter @khairartzfar

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.