Covid-19
"Nak Luruh Jantung Dengar Perkataan 'Demam' Masa Buat Ujian Saringan Covid-19" - Nazim Othman Terpaksa Buat Test Gara-Gara...
Pelakon Nazim Othman mengambil inisiatif melakukan ujian saringan Covid-19 di sebuah pusat perubatan bagi memastikan keadaan dirinya betul-betul bebas daripada virus tersebut.
Menurut Nazim, 36, dia bertindak sedemikian kerana terlalu bimbangkan keadaan dirinya sehingga tidak boleh tidur malam.
"Saya ini ada anxiety. Bagi orang macam saya yang ada sejarah kena serangan panik, benda-benda macam ini sangat menakutkan.
"Bila satu tahap ada berita-berita menakutkan, ia jadi satu keadaan yang tak menyelesakan. Saya tak boleh tidur malam, tutup mata, tapi tak tidur sampai pagi, berhari-hari.
"Jadi, bila tak tidur sistem imunisasi badan akan turun, walhal dalam keadaan sekarang kita kena jaga imunisasi badan. Jadi, atas dasar itu juga saya ambil insiatif buat ujian saringan," katanya yang berkongsi hal tersebut menerusi satu video yang dimuat naik di saluran Youtube miliknya.
Nazim yang berkongsi pengalamannya menjalani ujian tersebut mengakui agak terkejut pada mulanya apabila dimaklumkan petugas kesihatan bahawa dia mengalami demam.
"Nak luruh jantung dengar perkataan 'demam' masa buat ujian Covid-19", katanya.
Begitupun, selepas dua hari menjalani ujian saringan, Nazim berasa lega apabila keputusan ujian tersebut menunjukkan dirinya bebas daripada jangkitan virus tersebut.
"Alhamdulillah, saya bebas daripada virus itu. Walaupun saya bebas (jangkitan) sekarang, tetapi saya perlu sentiasa terus berhati-hati, menjaga kebersihan, ambil langkah berjaga-jaga, pakai topeng muka, cuci tangan dan jaga jarak sosial," katanya.
Dalam pada itu, Nazim berharap agar orang ramai terus tabah dan kuat dalam menghadapi suasana yang sukar sekarang.
Apapun, jangan lupa saksikan drama lakonan Nazim Othman di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.
Must-Watch Video