Covid-19
Netizen Doakan DG Hisham Sempena Birthday, KP Tetap Jalankan Tanggungjawab Lapor Kes Covid Lebih 2,300 Hari Ini
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyambut ulang tahun ke-58 hari ini.
Mengambil kesempatan di hari istimewa ini, netizen tidak ketinggalan menitip ucapan selamat dan doa buat beliau.
Dilabel sebagai hero negara kerana usaha beliau dan petugas barisan hadapan memerangi COVID-19 di negara ini, nama Dr Noor Hisham juga menjadi trending di Malaysia dengan tanda pagar #HappyBirthdayDGHisham.
Happy 58th Birthday, Tan Sri Dr @DGHisham :) hanya Allah dapat membalas segala perjuanganmu dari first day pandemic melanda negara kita ? segala usaha & penat lelahmu kami hargai ❤️ Rindu nak tengok live ? #HappyBirthdayDGHisham pic.twitter.com/Q2az9XpxS0— hanie (@azhanieee) April 20, 2021
May Allah granted with a huge bless in your life and thank you for being so "relaxed" and "responsible" despite knowing that you're holding a huge burden and responsibility to our country. We love you hero!♥#HappyBirthdayDGHisham pic.twitter.com/zPTNoeVLSE— Alleya (@alleya_alba) April 21, 2020
Dalam perkembangan lain, DG Hisham tetap menjalankan tanggungjawab memaklumkan kes harian COVID-19 melalui laman sosial Twitter dan Facebook hari ini.#HappyBirthdayDGHisham you are standing in the eyes of the world. Thank you to you and your KKM team tremendous support. With hard work, dedication and unity we can achieve the impossible. Sanah Helwah again @DGHisham pic.twitter.com/OQDha2tC77— ?? ShaLaLa (@Cantik_88) April 21, 2020
Menerusi Twitternya dapat dilihat sebanyak 2,340 kes baharu COVID-19 direkodkan hari ini menjadikan kes kumulatif setakat ini sebanyak 381,813 kes.
Selangor pula kembali mencatat angka tertinggi dengan 526 kes jangkitan.
Ini diikuti oleh Sarawak, 429 kes, Kelantan, 370 kes dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 291 kes.
(embad twitter)COVID-19; 21 April 2021J kes sembuh:1,910J kumulatif:358,726 (93.95%)J kes baru:2,340J kumulatif:381,813J kes aktif:21,687Kes local:2,328 (2,136WN, 192BWN)Kes import:12 (1 WN, 11 BWN)J kematian:11 (9WN)J kumulatif:1,400(0.37%)J kes di ICU:248Pesakit Intubated:101 pic.twitter.com/7tFzbKIqCv— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) April 21, 2021
Seramai 248 pesakit berada di unit rawatan rapi (ICU) manakala 101 lagi memerlukan bantuan alat pernafasan.Sehingga 21 April 2021: Jumlah kes COVID-19 adalah 2,340 (381,813 kes)Pecahan setiap negeri (Kumulatif):Selangor - 526 (125,111)Sabah - 172 (57,164)Johor - 170 (43,703)WP KL - 291 (40,880)Sarawak - 429 (25,558) 1/2— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) April 21, 2021
Dalam tempoh 24 jam lalu juga, negara mencatatkan tambahan 11 kematian baharu menjadikan jumlah keseluruhan kematian 1,400.
Must-Watch Video