Covid-19
“Ni Masa First, Result Positif” - Puteri Aishah Kongsi Video Ujian Saringan COVID-19
Pelakon Puteri Aishah berkongsi video menjalani ujian saringan COVID-19 di sebuah hospital.
Video tersebut dimuat naik Aishah menerusi posting terbaru di akaun Instagram miliknya hari ini.
Menurut Puteri Aishah, dia berasa sangat gementar sepanjang ujian itu dilakukan.
“Ni masa kali pertama swab test. Keputusan positif. Esok kali kedua swab test. Harap-harap negatif. Aamin. #icanfightthis. Saya berasa gementar sepanjang ujian dijalankan,” tulisnya.
Baca: Puteri Aishah Positif Covid-19 Selepas Pulang Dari Scotland
Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan selebriti mendoakan Puteri Aishah kembali sembuh.
Terdahulu, Puteri Aishah disahkan positif COVID-19 oleh pengurusnya, Iman Tang menerusi akaun Instagramnya pada Selasa.
Difahamkan Puteri Aishah baru pulang daripada menjalani penggambaran drama bersiri di Scotland bersama Ben Amir dan Hasnul Rahmat.
Pelakon itu bersama beberapa kru penggambaran berangkat ke Scotland pada 15 Mac lalu dan pulang ke tanah air minggu lepas.