“No One Will Left Behind!” – Terima Kasih PM!
Selepas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membentangkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau PRIHATIN berjumlah RM250 bilion hari ini, warganet mengucapkan terima kasih kerana keprihatinan kerajaan membantu meringankan beban rakyat.
Muhyiddin berkata pakej PRIHATIN akan menyediakan bantuan segera untuk meringankan beban yang ditanggung rakyat akibat impak COVID-19 ke atas ekonomi negara.
“Sama ada anda seorang nelayan di Kukup, Johor atau pekebun kecil di Jeli, Kelantan, pakej PRIHATIN ini akan menyediakan bantuan segera untuk meringankan beban yang ditanggung oleh anda semua.
“Anda pengusaha chalet di Cherating atau penarik beca di Melaka, peniaga pasar malam di Kuala Lumpur atau pasar tamu di Kundasang.
"Seperti yang saya sebutkan, tiada golongan yang akan tercicir. No one will be left behind,” katanya.
Ucapan Perdana Menteri itu telah membuatkan ramai warganet terharu dan mendoakan agar negara terus dipayungi pemimpin berjiwa besar seperti Muhyiddin.
PRIHATIN membolehkan lebih 4 juta isi rumah berpendapatan bulanan RM4,000 ke bawah akan mendapat bayaran RM1,600 dan bayaran RM1,000 akan dibayar pada bulan April 2020 dan RM600 pada bulan Mei 2020.
"Bantuan Prihatin Nasional, ialah pemberian tunai secara one-off dengan peruntukan hampir RM10 bilion, dan buat pertama kalinya akan disalurkan juga kepada kumpulan M40.
Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan bayaran RM800 kepada tiga juta individu bujang berusia 21 tahun ke atas dengan pendapatan RM2,000 ke bawah, dan RM500 kepada 400,000 individu bujang 21 tahun ke atas dengan pendapatan RM2,000 ke atas.