Covid-19

Noh Salleh Harap Lagu Tribute 'Sentiasa Di Sini' Jadi Pemangkin Semangat Buat Rakyat Malaysia

gempak
ZULHILMI JALIL
17/04/2020
09:47 MYT
Sponsor Banner
Noh Salleh Harap Lagu Tribute 'Sentiasa Di Sini' Jadi Pemangkin Semangat Buat Rakyat Malaysia
Kerjasama dan sokongan daripada semua pihak sememangnya cukup penting tatkala kita semua kini berdepan cabaran dan dugaan dengan penularan wabak Covid-19 di negara ini.
Bahkan, pada waktu inilah, kita semua perlu terus kekal berganding bahu dalam memberikan segala bentuk sokongan antara satu sama lain.
Lebih-lebih lagi kepada barisan petugas hadapan yang banyak berkorban masa dan tenaga dalam memastikan nyawa dan keselamatan kita semua terjamin.
Dalam usaha menzahirkan semangat dan sokongan itu jugalah, sebahagian artis berasa terpanggil untuk berpadu suara merealisasikan sebuah lagu tribute Sentiasa Di Sini khusus untuk kita semua rakyat Malaysia.
Bagi penulis lagu tersebut, Noh Salleh, dia mengakui berasa berbangga apabila dapat menyumbangkan sesuatu yang cukup bermakna dalam menyuntik semangat kepada orang ramai dengan menggunakan muzik sebagai medium.
"Kami barisan selebriti tanah air menyokong petugas barisan hadapan yang komited dalam kerja mereka. Seluruh rakyat mahukan sesuatu yang positif, jadi saya amat berbangga kerana terlibat dalam projek ini.
"Melalui lagu ini juga, saya berharap ia menjadi semangat buat rakyat Malaysia dalam menghadapi situasi yang perit ini," katanya yang bergandingan dengan AG Coco selaku komposer.
Selain Noh, lagu tersebut turut dinyanyikan oleh 25 artis lain.
BACA: Dayang Nurfaizah, Faizal Tahir, Noh Hujan Antara 26 Artis Berpadu Suara Jayakan Lagu 'Sentiasa Di Sini', Memang Gempak!
Diterbitkan oleh Astro Gempak, muzik video lagu itu juga sudah boleh ditonton dan didengari di semua saluran TV, Radio dan platform digital Astro.
BACA: Power...Tak Payah Masuk Studio, Ada Artis Yang Rakam Lagu Tribute Perangi COVID-19 Guna Smartphone Je!
Jadi, jom dengarkan dan layan seketika muzik video Sentiasa Di Sini yang cukup istimewa buat kita semua sebagai rakyat Malaysia.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live