Covid-19

Pak Long Mail, Pak Ngah Hisham Akan Dirindui, Tiada Lagi Sidang Media COVID-19 Setiap Hari Bermula Minggu Ini

gempak
Fiza Kamarudin
15/06/2020
00:26 MYT
Sponsor Banner
Pak Long Mail, Pak Ngah Hisham Akan Dirindui, Tiada Lagi Sidang Media COVID-19 Setiap Hari Bermula Minggu Ini
Sejak tiga bulan lalu, sidang media COVID-19 Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) oleh Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ditunggu-tunggu segenap lapisan masyarakat negara ini.
Bagaimanapun rutin baru tersebut akan dirindui semua, lebih-lebih lagi kemunculan Dr Noor Hisham yang sentiasa tenang dan Ismail Sabri atau ‘Pak Long Mail’ bersama batik berwarna-warni. Dr Noor Hisham pada petang Sabtu lalu berkata, sidang media oleh KKM akan dijarakkan dan tidak akan lagi menjadi urusan harian bermula hari ini.
Bagaimanapun Dr Noor Hisham memberi jaminan kementerian akan terus memberikan makluman kepada masyarakat mengenai statistik terkini virus tersebut.
"Saya ucapkan terima kasih kepada semua yang hadir walaupun pada hari Sabtu. Kita tetap akan menjalankan dan memberi maklumat terkini tetapi minggu depan kita mungkin akan menjarakkan sidang akhbar ini," katanya. Sementara itu, Ismail Sabri yang mengkahiri sidang medianya semalam (Ahad) mengumumkan hari tersebut menjadi hari terakhir beliau menyampaikan sidang media pada hari minggu.
"Selepas ini tidak ada lagi baju batik berwarna-warni yang menjadi asas kepada kuih muih dan minuman tuan-puan sekalian.
"Mulai minggu depan sidang media akan diadakan tiga kali seminggu iaitu pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat," katanya.
Dalam pada itu kedua-dua wajah penting sepanjang COVID-19 ini mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia terutama petugas barisan hadapan termasuk media yang telah bekerja keras untuk memutuskan penularan jangkitan Covid-19 di negara ini.
"Kepada rakyat Malaysia terima kasih diatas kerjasama seluruh rakyat masyarakat, ingin diingatkan kelonggaran di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) tidak bermakna kita bebas melakukan apa sahaja," kata Ismail Sabri.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024