,
Covid-19

Penat & Hampir Putus Asa, Frontliners Filipina Rayu Perintah Berkurung Dikuat Kuasa Semula

Mya Amri
02/08/2020
23:00 MYT
Petugas perubatan di Filipina hampir berputus asa melawan penularan COVID-19 selepas negara itu terus mencatatkan peningkatan kes yang tinggi saban hari, lapor Awani.
Portal berita Channel News Asia pada Sabtu melaporkan lebih sejuta doktor dan jururawat menegaskan negara itu kalah dalam pertempuran dengan virus tersebut dan mendesak Presiden, Rodrigo Duterte melaksanakan perintah berkurung di Manila.
Sebanyak 80 kumpulan yang mewakili 80,000 doktor dan sejuta jururawat memberi amaran mungkin berlakunya keruntuhan sistem kesihatan di Filipina sekiranya tiada kawalan ketat di ibu negara dan daerah berhampiran.
Filipina pada Sabtu merekodkan hampir 5,000 kes baharu positif COVID-19, peningkatan tertinggi pernah dicatatkan negara itu.
Kementerian kesihatan Filipina menyatakan jumlah jangkitan mencapai 98,232 kes sementara kematian kini mencecah 2,039 kes.
Dalam Asia Tenggara, Filipina merupakan negara kedua paling teruk terjejas selepas Indonesia.
“Petugas kesihatan terlalu penat merawat jumlah pesakit yang dilihat tidak berkesudahan datang ke hospital untuk menerima rawatan,” kata kumpulan itu yang diketuai Philippine College of Physicians dalam surat kepada presiden. Pertengahan Mac lepas, Duterte melaksanakan perintah berkurung yang disifatkan antara yang paling lama dan paling ketat di dunia dalam usaha membendung penularan COVID-19.
Begitpun, dalam usaha untuk memulihkan ekonomi, sekatan itu mula dilonggarkan pada Jun, membenarkan pergerakan penduduk dan pembukaan semula perniagaan.
Namun, jumlah jangkitan meningkat lima kali ganda selepas semua sekatan dilonggarkan.
Sumber: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Mpox: “Masyarakat Juga Harus Bertindak, Tak Boleh Harapkan Kerajaan Sahaja,” - Pakar Epidemiologi

gempak
28/08/2024
11:55 MYT
Meskipun penularan Kes Mpox di Malaysia belum mencapai tahap serius, namun masyarakat Malaysia harus mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan bersama.
Berita

COVID-19: Tiada Lagi Kuarantin Di Rumah Mulai 15 Julai

gempak
05/07/2024
18:40 MYT
Individu positif Covid-19 tidak lagi dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO) atau kuarantin di rumah dan tidak perlu melaporkan status positif ujian kendiri dalam aplikasi MySejahtera berkuat kuasa 15 Julai ini.
Hiburan

Rezeki Berlakon Datang Gara-Gara COVID-19, Arfie Shah Akui Masih Nervous Setiap Kali Uji Bakat Lakonan

gempak
05/07/2024
03:55 MYT
Pelakon baharu, Arfie Shah mendedahkan yang dia membina badan sebelum menjalani penggambaran bagi drama siri Astro Originals, X-Change.
Berita

AstraZeneca Tarik Balik Vaksin COVID-19 Di Seluruh Dunia

gempak
08/05/2024
04:36 MYT
Syarikat farmaseutikal global Britain-Sweden, AstraZeneca menarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia, lapor Telegraph semalam.
Hiburan

"Jual Kopi Tepi Jalan, Kena Angkut Majlis Perbandaran" - Bekas Finalis Hero Remaja 2021 Farhan Nordin

gempak
13/04/2024
12:00 MYT
Finalis Hero Remaja 2021, Farhan Nordin pernah jual air kopi tepi jalan.