Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Covid-19

“Penat Nangis, Kena Tipu Rupanya” – Kes Negatif Covid Anak Tak Ambil, Bapa Meninggal Baru Muncul Palsu

Mya Amri 29/04/2020 | 12:29 MYT
Kisah tular mengenai seorang bapa yang disahkan negatif COVID-19 dan mahu pulang ke rumah namun tidak dijemput anak-anak sehinggalah meninggal dunia baru-baru ini adalah palsu.
Berita itu disahkan menerusi akaun Facebook rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam.
“Jangan kongsi atau tularkan berita palsu ini,” maklumnya.
Posting itu juga turut disertakan dengan paparan tangkap layar (screenshot) mengenai cerita palsu berkenaan.
Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kesal terhadap berita palsu berkenaan.
“Lepas baca cerita ni, sedih sangat-sangat. Tergamak anak-anak buat macam tu kat ayah... Bila tahu kata palsu ish ish. Tergamak pereka cerita ni buat macam ni kat saya. Ganggu emosi tau dak,” komen Sahrun Bana
“Penat aku menangis. Kena tipu rupanya,” tulis Yuyu Yahya
“Dah belambak orang share. Rupanya palsu. Dah tak ada kerja agaknya dia orang ni,” coret Jeffry Abu Bakar.
Terdahulu, kisah itu dikongsi oleh seorang pengguna Facebook menerusi status yang menyatakan kekesalan berikutan seorang pesakit yang negatif Covid-19 sepatutnya boleh pulang ke rumah, tetapi meninggal dunia di hospital.
Lebih menyayat hati apabila anak-anak pesakit yang dihubungi memberikan pelbagai alasan untuk menjemput ayah mereka pulang sehinggalah warga emas itu menemui ajal seorang diri di hospital dua hari kemudian.
#KKM #COVID-19
;