Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Covid-19

“Penularan Wabak Covid Beri Saya...” Peninju Jerman Peluk Islam, Tak Sabar Tunggu Puasa

Mya Amri 21/04/2020 | 09:11 MYT
Seorang peninju profesional seni bela diri campuran (MMA), Wilhelm Ott terbuka hati untuk memeluk Islam Jumaat lalu, lapor Astro Awani.
Wilhelm mengaitkan hikmah disebalik wabak COVID-19 melanda dunia ketika ini membuka jalan buatnya untuk memeluk Islam.
“Penularan wabak COVID-19 memberi saya rehat yang diperlukan untuk mencari kepercayaan dalam diri saya lagi,” katanya.
Terbaharu, Wilhelm berkata Ramadan merupakan satu tarikh yang dinanti-nantikan kerana ia bakal menjadi ibadah puasanya buat kali pertama.
“Ramadan pertama saya sudah hampir dan saya menantikannya. Sebagai seorang atlet profesional, anda memerlukan keinginan yang kuat.
“Namun, sekarang saya mempunyai iman yang lebih kuat dan saya akan menjadi Insya-Allah lebih kuat lagi,” tulisnya di laman Instagram pada Isnin.
Wilhelm sebelum ini, turut berkongsi saatnya memeluk Islam menerusi sebuah hantaran video di Instagram yang memperlihatkannya sedang mengucap dua kalimah syahadah.
Dia mengakui bahawa dia sudah mula mengenali Islam bertahun-tahun lalu, tetapi dia tidak mampu berbuat apa-apa dan membiarkan dirinya terpengaruh secara politik.
“Ketika saya mengalami masa-masa sukar, iman Islam memberi saya kekuatan yang diperlukan.
“Iman saya sekarang cukup kuat sehingga saya dapat mengenali satu-satunya Tuhan yang benar dan mengucap syahadah dan berbangga, kini saya bergelar Muslim,” katanya.
Selain mendapat lebih 180,000 tontonan pada kemas kini itu, bintang MMA itu turut dihujani dengan mesej-mesej positif dari pengikut yang turut mengucapkan tahniah kepadanya.
“Hampir setengah juta mesej telah sampai kepada saya di Facebook dan Instagram sejak kebelakangan ini. Saya tidak dapat menjawab semuanya. Terima kasih atas ucapan mesra anda,” katanya.
Wilhelm merupakan peninju MMA dari Jerman dan mempunyai seramai 41,200 pengikut di laman Instagram miliknya.

Die Corona krise hat mir die notwendige ruhe gegeben um meinen Glauben wieder zu finden. Viele jahre hat mich der Islam beschäftigt. Aber es gab auch zeiten in denen ich nichts damit anfangen konnte und ich mich politisch beeinflussen ließ. Doch wenn ich schwere Zeiten hatte gab mir der Islamische Glaube die notwendige Kraft. Im Leben geht es runter und rauf. Ein weißer Spruch. Hättet ihr in meinen Schuhen laufen gelernt ihr würdet nur noch heulen. Mein Glaube ist nun stark genug sodass ich den einzig wahren Gott anerkenne und die Shahada sprechen kann, um stolz sagen zu können, ja ich bin Moslem. ☝️

A post shared by Khalid (Wilhelm) Ott (@willi.ott.148) on

Sumber: Astro Awani
#COVID-19
;