Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Covid-19

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Ketiga Dikenakan Di Menara City One - 17 Kes Positif

Badrul Hashim 30/03/2020 | 22:30 MYT
Selepas Simpang Renggam, Kluang dan Sungai Lui, Hulu Langat, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang ketiga dikenakan di Menara City One, Jalan Mushi Abdullah, Kuala Lumpur.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesahkan terdapat 17 kes positif jangkitan Covid- 19 di Menara City One.
Mengambil kira jumlah kes tersebut, kerajaan atas nasihat Kementerian kesihatan telah memutuskan untuk melaksanakan KPKD.
Ianya melibatkan 3,200 orang penghuni di 502 unit kondominium dan premis perniagaan di menara tersebut. Perintah tersebut berkuatkuasa mulai 31 Mac 2020 hingga 13 April 2020.
Ini bermakna semua penghuni tidak dibenarkan keluar dari kawasan PKPD sepanjang tempoh perintah dikuatkuasakan.
Selain daripada itu, bukan penghuni dan pelawat tidak dibenarkan masuk ke kawasan tersebut sepanjang tempoh tersebut.
Pangkalan perubatan akan dibuka di kawasan PKPD dan semua laluan keluar masuk kawasan PKPD ditutup.
Bagi memastikan semua mematuhi perintah tersebut, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) akan mengawal keadaan di sana.
#Covid- 19 #PKPD
;