Covid-19
"Rasa Lega Sebab Takut Merebak Kepada Keluarga" - Nabil Mahir Negatif COVID-19
Selepas menjalani ujian saringan Covid-19, pengacara Nabil Mahir disahkan negatif wabak berkenaan.
Berkongsi rasa syukurnya, kekasih kepada penyanyi Ayda Jebat itu turut berterima kasih atas doa yang dilayangkan peminat.
"Alhamdulillah dah dapat keputusan dan ia negatif.
"Rasa lega sebab takut sangat jadi punca merebak dekat keluarga. Terima kasih semua atas doa dan support korang," tulis Nabil menerusi akaun Instagramnya pada Rabu.
Namun, masih berbaki rasa risau apabila Nabil masih merasakan dadanya ketat.
"Walau apa pun, Nabil hairan kenapa masih rasa ketat di dada.
"Alangkah boleh kembali ke masa ambik gambar ni. Boleh keluar. Tak risau penyakit apa-apa. Insya-Allah kita semua akan bertemu masa ini lagi," katanya yang berkongsi sekeping foto berlatar belakangkan air terjun.
Nabil turut mengingatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa agar keadaan kembali pulih seperti sediakala.
"Kalau semua tak keluar langsung, cepatlah kita boleh selesaikan masalah yang kita alami.
"Dapat asingkan diri. Dapat detect yang terkena untuk rawatan.
"Moga kita semua sedar diri dan bantu front liners untuk selesaikan masalah ini dengan #DudukRumah.
"Senang je. Mereka yang berjihad untuk kita. Tolonglah sama-sama kita put a stop to this pendamic," tambah Nabil.
Terdahulu, Nabil berkongsi keadaannya melalui ujian saringan Covid-19 melalui prosedur nasal swab.
Nabil mengalami simptom sakit tekak dan sesak nafas selepas Subuh selama empat hari sebelum itu.
Situasi itu membuatkannya paranoid dan berkemungkinan berpunca daripada barangan atau makanan yang dihantar kepadanya.
Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!