Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Covid-19

"Sambil Makan Tak Sedar Air Mata Dah Mengalir" - Ashraf Muslim Sambut Ramadan Bersama Pesakit Covid-19 Di Hospital

ZULHILMI JALIL 24/04/2020 | 05:02 MYT
Pelakon Ashraf Muslim memberitahu bahawa kedatangan Ramadan kali ini memberi satu pengalaman baru yang cukup bermakna buatnya apabila terpaksa menyambut puasa di hospital.
Lebih menjadikan dirinya sebak, kata Ashraf, dia turut menerima kiriman sebuah video daripada kedua-dua isterinya pada malam pertama Ramadan.
"Malam ini (tadi), adalah malam paling bersejarah dalam hidup Am.
"Pertama solat tarawih berjemaah di wad pesakit Covid-19 dan kedua dapat kejutan video dari mama dan ibu ini," katanya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.

Malam ini.. adalah malam paling bersejarah dalam hidup AM. Pertama Solat terawikh berjemaah di Wad Pesakit Covid dan kedua dapat surprise video dr mama dan ibu nih... Ni lah nak cerita skit. Lepas solat terawikh kul 10.30 mlm td.. AM nk makan malam yerlah tgh laparlah kn sbb tak mkn ptg td. So.. tgh makan nih tangan kiri pun capai handpone nak tgk message. So bila buka jer dpat video nih.. Allahuakbar.. sambil makan nih, AM tak sedar air mata dah mengalir.. Aduhai.. sedih aaarr.. tak baiklah buat mcm ni.. dah lah ayah kat wad. Makan pun tak habis terus basuh tgn... waaa ?! Mama ibu dan anak-anak..Sabar yer.. tunggu ayah skit lagi.. insyAllah bila semua dah selesai ayah balik k.. love and miss all of u! . . @ashrafslegacy

A post shared by Ashraf Muslim (@ashrafmuslim) on

Cerita Ashraf, video yang mengandungi gambar keluarga dan rakaman ucapan anaknya itu benar-benar meruntun emosinya.
"Bila buka jer dapat video ni, Allahuakbar...sambil makan ni, Am tak sedar air mata dah mengalir. Aduhai..sedih arrr..tak baiklah buat macam ni.
"Dahlah ayah kat wad. Makan pun tak habis, terus basuh tangan..waaa! Mama, ibu dan anak-anak sabar ya, tunggu ayah sikit lagi.
"Insya-Allah bila semua dah selesai ayah balik okay. Sayang dan rindu anda semua!," luahnya yang kini dirawat di Hospital Sungai Buloh.
Terdahulu, Ashraf disahkan positif Covid-19 selepas dikatakan pulang daripada menjalani penggambaran di Scotland bulan lalu.
BACA: “Sebak Di Dada, Macam-Macam Perasaan Bila Naik Ambulance” – Ashraf Muslim Positif COVID-19
Dalam pada itu, jangan lupa saksikan drama lakonan Ashraf Muslim di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
#Ramadan #Ashraf Muslim #COVID-19
;