Covid-19
“Saya Tak Terkecuali, Cuma…”- Mila Jirin Akui Perniagaan Terjejas Kerana PKP
Penyanyi Mila Jirin akui perniagaannya terjejas sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan oleh kerajaan bermula 18 Mac lalu.
Pun begitu, menurut Mila dia yakin dengan perancangan Maha Esa.
“Minda dan fikiran pun beberapa harini agak banyak berfikir. Tak dinafikan, sepanjang PKP semua perniagaan terjejas.
“Saya tak terkecuali, cuma saya tak berdiri sendirian, hampir 100 pekerja dibelakang saya..
“Perancangan perlu sejajar dengan situasi semasa. Saya yakin Allah telah rancang yang Maha Terbaik buat kita semua.
“Encik suami pun banyak pesan pada saya "Insya-Allah Allah ada”,” tulisnya.
Mila berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Dalam entri yang sama Mila turut memberitahu PKP membuatkan dia lupa tarikh lahir suaminya yang jatuh semalam
.
“Berbalik kepada "lupa tarikh dan hari”. Rupa-rupanya hari ni hari penting iaitu hari ulangtahun kelahiran suami tercinta.
“Maaf duhai sayangku, i lupa for the first time. Tadi i feel bad tapi encik suami tenangkan....hahah tetiba Mommy emo.
“Alhamdulillah, dalam penuh romantis, mommy nyanyi lagu "Happy Birthday" hehehehe,” katanya lagi.
Mila kini merupakan usahawan berjaya dengan memiliki perniagaan pakej perkahwinan Bizmilla Catering serta beberapa perniagaan lain
Must-Watch Video