Covid-19
Selepas 18 Hari, Anak Sepupu Neelofa Sembuh COVID-19
Anak kepada sepupu pelakon Noor Neelofa iaitu Noor Sameera Mohd. Nazlee yang baru berusia enam bulan kini sembuh dari COVID-19.
Berita itu disahkan sendiri oleh ibunya, Noor Cahaya menerusi akaun Instagram miliknya.
Noor Cahaya bersyukur kerana selepas 18 hari keputusan COVID-19 anaknya negatif.
“Alhamdulillah, syukur ya Allah akhirnya Noor Sameera sembuh daripada Covid-19 dan sudah di rumah. Terima kasih kepada semua, ahli keluarga dan pengikut yang sentiasa bertanya di Instagram.
“Hanya Allah saja dapat balas jasa baik semua. Semoga Allah lindungi kita dari wabak penyakit ini dan segala penyakit. Aamiin,” katanya.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang turu bersyukur dengan berita tersebut dan mendoakan agar baby Sameera terus sihat.
Terdahulu, pada 21 Mac lalu Neelofa berkongsi mengenai keadaan bayi itu yang disahkan positif Covid-19 di IG Story.
Must-Watch Video