Covid-19

Semangat Kental Dan Berdisiplin, Nenek usia 100 Tahun Pesakit Tertua Pulih COVID-19

gempak
Mya Amri
01/06/2020
10:54 MYT
Sponsor Banner
Semangat Kental Dan Berdisiplin, Nenek usia 100 Tahun Pesakit Tertua Pulih COVID-19
Ketika kadar kematian akibat COVID-19 di Indonesia terus meningkat, seorang warga emas berusia 100 tahun dilaporkan berjaya sembuh menjadikannya warga tua pada usia itu yang berjaya melawan pandemik di negara itu, lapor Awani
Wanita dikenali sebagai Kamtim dibenarkan keluar dari hospital pada minggu ini selepas sebulan menjalani rawatan di bandar tempatnya menetap, di Surabaya, lapor agensi berita AFP. Menantunya dikenali sebagai Siti Aminah, menganggap kemampuan Kamtim untuk pulih kerana sikapnya yang sentiasa berdisiplin dan kekal bersemangat.
“Setiap hari saya memeriksa keadaannya melalui jururawat dan mereka memberitahu bahawa dia amat kuat dan rajin mengambil ubat,” katanya. Jelas Aminah, punca jangkitan tidak diketahui kerana ibu mertuanya itu tidak pernah keluar rumah.
Namun, dia berkemungkinan dijangkiti daripada orang-orang yang datang melawatnya dari kawasan kejiranan.
Difahamkan, Kamtim yang lahir pada tahun 1920 itu dimasukkan ke hospital selepas menunjukkan simptom-simptom COVID-19 pada bulan lalu dan disahkan positif virus itu. Dalam pada itu, Gabenor Jawa Timur Khofifah Indar Parawansa berkata, dia berharap kisah Kamtim itu dapat memberi harapan kepada pesakit lain terutama kepada golongan yang berisiko tinggi itu.
“Saya berharap berita pemulihan warga emas ini boleh memberi motivasi kepada golongan warga emas lain ketika pandemik melanda kini,” tambah Parawansa lagi.
Sehingga kini, Indonesia mencatatkan lebih 26,000 kes jangkitan akibat COVID-19 dengan 1,613 kematian. Para penyelidik, bagaimanapun, meramalkan jumlah sebenar kes jangkitan dan kematian adalah berkali ganda dari jumlah direkodkan.
Sumber: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live