Covid-19

“Semua Outlet Tidak Beroperasi” – Tutup Kedai Gunting Rambut, Joe Flizzow Pilih Keselamatan Pelanggan Dan Pekerja

gempak
Mya Amri
12/04/2020
04:58 MYT
Sponsor Banner
“Semua Outlet Tidak Beroperasi” – Tutup Kedai Gunting Rambut, Joe Flizzow Pilih Keselamatan Pelanggan Dan Pekerja
Penyanyi rap terkenal Joe Flizzow memilih untuk menutup kedai gunting rambut miliknya, Joe’s Barbershop walaupun kerajaan membenarkan perkhidmatan tersebut beroperasi
Joe memaklumkan perkara itu di akaun Instagram miliknya menerusi ruangan Insta Story semalam.
Menurut Joe, dia memilih untuk mengutamakan keselamatan pekerja dan juga pelanggannya.
“Semua outlet @joes47500 tidak akan beroperasi dalam tempoh PKP ini walaupun diberikan kelonggaran untuk beroperasi.
“Ini adalah untuk keselamatan pelanggan dan pekerja kami. Terima kasih atas sokongan dan jumpa lagi!” tulisnya.
Untuk info, Joe telah membuka kedai gunting rambut tersebut sejak tahun 2014.
Terdahulu, kerajaan menerusi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) membenarkan beberapa sektor tambahan beroperasi antaranya projek pembinaan, industri automotif dan industri terpilih termasuk perkhidmatan gunting rambut asas untuk beroperasi secara berperingkat semasa fasa tiga perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Kerajaan juga mengumumkan PKP telah dilanjutkan sehingga 28 April depan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live