Anmum Essential membina IQ dan membentuk EQ. Anak korang menjadi hebat!

“Suami, Anak Enam Orang Positif COVID-19” - Rebecca Nur Al Islam Mohon Doa

Mya Amri
08/07/2021 12:18 MYT
Pelakon, Rebecca Nur Al Islam berkongsi berita sedih apabila suami dan enam anaknya disahkan positif COVID-19.

Rebecca memaklumkan berita itu menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagramnya hari ini.

Menurut Rebecca, keadaan suaminya, Datuk Norazam agak sedikit teruk berbanding yang lain.

“Assalammualaikum dukacita di maklumkan, pada hari ni hari khamis #08072021, saya mummybecca mewakili en suami serta seisi keluarga ingin memberitahu kami di serang COVID-19.

“Di dalam keluarga kami yang positif, suami, Dato Norazam. Anak kami enam orang, Nor Khayrin, Nor Adam Daniel, Nor Anggun Raverra, Nor Aliff Al Raffael, Nor Ahmet Al Reaggan dan Nor Aurora Riana.

“Pembantu kami yang positif tiga orang, Haishatul Akmal, Nur Ain dan Farrah. Dengan itu saya tersangat lah sedih sekarang ni dan terlalu berduka cita.

“Apa yang boleh saya katakan buat masa sekarang ni, tolong doakan untuk kami sekeluarga. Lebih lebih lagi kepada suami saya yang teruk sedikit dari yang lain (saya tahu suami saya kuat). InsyaAllah,” maklumnya.

Menerusi hantaran yang sama, Rebecca juga memanjatkan rasa syukur kerana dia dan dua lagi anaknya negatif dan berharap orang ramai dapat mendoakan kesembuhan keluarganya.

“Tapi apa pun saya bersyukur. Alhamdulillah diri saya dan dua orang anak, Nor Arif Qayyum, Nor Anggerik Renesmee bersama pakcik Nasir saya dan tukang kebun negatif.

“Minta maaf jika ada kontak rapat yang terdekat dalam masa tujuh Hari ke belakang. Saya harap anda cepat-cepat buat swab test ya. Doa anda semua saya perlukan,” tulisnya.

A post shared by ❤️AllahSwt❤️BBA student ??‍? (@rebeccanuralislamahmad)

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya mendoakan keseihatan keluarga Rebecca.

“Allahukabar. Anak makan vitc banyak-banyak... Get well soon semoga dipermudahkan segala urusan,” tulis @orchid8989

“Semoga akak sekeluarga diberikan kesihatan yang lebih baik dan dipermudahkan urusan. Allah nak beri lebih kasih sayang buat akak tu take care kak,” doa @naqiyya_nurr

“Stay strong and positive. Semoga dipermudah urusan keluarga Mummybecca dan diberi kesembuhan dengan segera,” komen @zaritha_wahab

#Rebecca Nur Al Islam #COVID-19 #Positif Covid-19
;