Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Covid-19

“Swab Test Rumah Ke Rumah Adalah Scam, Lapor Pada Polis”- Datuk Ismail Sabri

Mya Amri 15/06/2020 | 09:21 MYT
Kementerian Kesihatan (KKM) tidak menjalankan ujian pengesanan COVID-19 atau swab test dari rumah ke rumah, lapor Awani.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mesej tular dalam media sosial mendakwa KKM menjalankan swab test dari rumah ke rumah adalah satu kes penipuan.
Justeru, beliau menasihatkan orang awam supaya menghubungi pihak berkuasa untuk membuat laporan sekiranya didatangi individu berkenaan.
“Apa yang berlaku ini adalah kes tipu. Saya bercakap dengan KKM, mereka sendiri sudah periksa, nombor pendaftaran yang kenderaan itu gunakan sepatutnya nombor di Perodua Myvi, bukan di van (merujuk kepada kes yang tular).
“Maknanya van pun tipu dan tindakan mereka pun tipu. Saya harap rakyat kita jangan tertipu dengan perkara seperti ini.
“Jika didapati ada yang datang ke rumah dan mengaku dari KKM dengan tujuan apa saja, tolong laporkan kepada polis dengan segera.
“Untuk kes ini saya percaya KKM telah lapor kepada polis dan polis akan ambil tindakan dengan segera,” katanya dalam sidang media harian di sini pada Isnin.
Sumber: Astro Awani
#COVID-10 #Swab Test
;