Covid-19

“Tak Perlu Namakan Kayangan...Ni Tahap Bawah Kaki!” – Warganet Berang ‘Kluster Kayangan’ Demand Lebih

gempak
Fiza Kamarudin
13/04/2020
15:03 MYT
Sponsor Banner
“Tak Perlu Namakan Kayangan...Ni Tahap Bawah Kaki!” – Warganet Berang ‘Kluster Kayangan’ Demand Lebih
Baru-baru ini tular mengenai luahan beberapa petugas kesihatan, yang membandingkan sikap pesakit COVID-19 dari kluster Tabligh dan kluster pulang dari luar negara (kayangan).
Ternyata luahan para petugas tersebut mendapat perhatian warganet yang rata-ratanya mahu gelaran ‘kluster kayangan’ digugurkan daripada golongan tersebut.
BACA: “Dipanggil Anjing, Dipanggil Pencacai Najis…” – Tergamaknya! Sedih Baca Luahan Frontliner Ini
Mereka berpendapat, golongan tersebut tidak berterima kasih, lupa diri dan berlagak walaupun petugas barisan hadapan sudah berusaha memberi sehabis baik kepada mereka.
“Orang kayangan yang balik dari over sea tu kelas rendah, tidak bertamadun. Kena kejutan budaya, lupa diri, lupa budaya.
“Banyak orang kayangan yang ada dalam negara ini high class dan sentiasa tawaduk, menghulur bantuan sana-sini,” kata seorang pengguna laman sosial.
“Tak perlu namakan kayangan… Ni tahap bawah kaki. Let them die!!!! Susahkan FRONTLINERS, semoga warga KKM, POLIS, TENTERA DAN JABATAN YANG TERLIBAT dilindungi dan diberi kesihatan yang baik,” tambah seorang lagi warga net.
Tidak kurang juga yang meminta wira negara ini supaya terus bertahan menjalankan tugas dan bersabar dengan kerenah kluster kayangan yang berasakan diri mereka terlalu agung untuk dilayan sama rata seperti pesakit lain.
“Bertabahlah para wira negara. Semoga anda tetap kuat berdepan ujian dan cabaran. Keep strong mental and physical.
Harapan rakyat terletak di bahu anda semua, semoga golongan yang baru turun dari langit tu tak positif COVID-19 sebab nanti kena rawat kat sini juga bukan luar negara. Masa tu mungkin baru nak menyesal,” kata seorang pelayar laman sosial.
Foto Utama: BERNAMA
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live