Covid-19
Tiga Hari Tak Pulih, Sukar Bernafas… Sweet Qismina Positif COVID-19
Pelakon, Sweet Qismina mengesahkan dirinya positif COVID-19.
Sweet berkongsi berita itu menerusi laman Instagram miliknya dan memaklumkan kini menjalani tempoh rawatan serta kuarantin di Pusat Kuarantin Ipoh, Perak.
Menerusi kenyataan rasmi daripada pihak pengurusannya, Warner Music Malaysia menyatakan Sweet atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi berada di Kuala Kangsar untuk menjalani penggambaran filem Tariandi sejak 15 April lalu menyatakan berasa tidak sihat pada 16 April.
"Sweet mengambil ubat selama tiga hari berturut-turut tetapi keadaan Sweet masih belum pulih dan sukar untuk bernafas.
"Menyedari keadaan itu, Sweet mengambil langkah untuk membuat ujian calitan RTK di Hospital Columbia Taiping dan keputusannya adalah positif," tulis kenyataan tersebut.
Warner dalam kenyataan itu juga menyebut Sweet kemudiannya menjalani ujian saringan PCR sebelum dihantar ke pusat kuarantin.
"Sweet dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk dikuarantin dan melakukan saringan PCR dan keputusan saringan adalah positif.
"Sweet kemudiannya dihantar ke Pusat Kuarantin di Ipoh untuk dikuarantin. Keadaan semasa Sweet sekarang tidak mempunyai sebarang komplikasi, cuma hilang deria rasa dan bau," jelas kenyataan itu.
Sementara itum Swee juga turut memuat naik foto terbaharunya di pusat kuarantin.
“Bismillahirrahmanirrahim, Allahumma rabban nasi, adzhibil ba'sa. Isyfi. Antas syafi. Lā syafiya illa anta syifa'an la yughadiru saqaman.
“Tuhanku, Tuhan manusia, hilangkan lah penyakit. Berikanlah kesembuhan karena Kau adalah penyembuh. Tiada yang dapat menyembuhkan penyakit kecuali Kau dengan kesembuhan yang tidak menyisakan rasa nyeri,” coretnya.
Must-Watch Video