Covid-19
"Tiru Nada Doraemon, Elak Berleter, Jangan Sindir Pasangan" - Ini Antara Tips Yang Boleh Jaga Hubungan Suami Isteri, Tapi Netizen...
Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semestinya banyak masa yang akan diluangkan bersama keluarga di rumah.
Buat pasangan suami isteri yang mungkin bukan bekerja dalam sektor keperluan utama, sudah pasti inilah tempoh 'berehat' untuk dimanfaatkan bersama.
Maka, sudah pasti ia menjadi satu pengalaman baru apabila terpaksa 'berkurung' dalam tempoh hampir sebulan lamanya di dalam rumah.
Namun, inilah peluang yang baik sebenarnya untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan khususnya antara suami dan isteri.
Prihatin dengan keadaan semasa, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat turut berkongsi beberapa tips agar kita semua terus mengharmonikan hubungan rumah tangga.
Bagaimanapun, perkongsian tips itu kemudian menerima pelbagai respons dalam kalangan netizen.
Ada yang melihat ia sebagai satu tips berguna, bahkan, ada juga yang memandang ia seolah-olah lebih memihak kepada kaum lelaki sahaja.
Lebih-lebih lagi apabila salah satu tips tersebut meminta pasangan untuk tidak berleter dan meniru nada suara 'Doraemon' bagi mengelakkan pergaduhan.
"Jadi kena buat cute?
"Tolong buat demo cara untuk bercakap seperti Doraemon agar setiap orang boleh belajar untuk jadikan contoh.
"Wow, ini kelab isteri patuh ke?," tulis sebahagian netizen.
Apapun, Gempak yakin setiap daripada kita pasti mempunyai tips dan panduan berguna sendiri dalam menjaga hubungan suami isteri.
Apa yang penting, gunakan masa yang ada ini untuk dimanfaatkan bersama keluarga tersayang.
Jangan gaduh-gaduh okay?
Must-Watch Video